Asalammualaikum buat pembaca budiman yang tentunya accidentally ter-google beberapa perkataan dalam title post kali ini dan ter-jumpa blog yang penuh kesepian ni. (Allah lah yang buat kalian tergoogle dan terjumpa tu) harapnya bermanfaat.
so should i call adik adik ke? tapi mungkin jugak mak pak adik adikpun google sekali kan. pakwe makwe adik adik ke. ok suka hati lah. blog haku.
Baru baru ni keputusan UPU dah pun keluar. buat yang berjaya menempatkan tempat dimana mana ipta yang korang mohon tu, tahniah, buat yang tidak , bersabarlah!rezeki ada di mana mana. ganjaran orang bersabar tu omakaii besar! Dan ingat setiap perancangan Allah itu hebat sangat sangat.
okay.
Sebagai salah seorang lepasan asasi UiTM Puncak Alam (ASASI SAINS) tak salah kiranya aku (read:akak,saya) berkongsi serba sedikit apa -apa yang inshaALLAH dapat membantu adik adik (read:korang) yang dapat melayakkan diri ke asasi di Puncak Alam.
Sebelum pertama, yang palinggg penting betuikan niat dan redha dengan ketentuan ALLAH, doa semoga dipermudahkan langkah kehidupan kita, dan lapangkan dada untuk satu kehidupan yang baru bermula!
PERTAMA:
SIAPKAN dan LENGKAPKAN segala dokumen selengkapnya espescially surat aku janji KPM untuk duit biasiswa KPM tu. kalau tak lengkap, akan mendatangkan masalah dikemudian hari sperti duit biasiswa lambat diproses dan sebagainya. apa yang kalian kena lakukan? setem hasil tu beli di pejabat pos. dan matikan di pejabat hasil berdekatan dengan tempat tinggal korang. sahkan segala dokumen yang penting (seeloknya buat lah lebih dari yang dikehendaki. mana tau , ada apa apa masalah teknikal boleh lah guna yang lebih tu) sediakan payung sebelum hujan gitu.
KEDUA :
Selesai bab sebelum mendaftar, sekarang tips untuk mendaftar pula. haa. tips ni amat berguna buat korang yang dapat sama-sama asasi di uitm puncak alam tu dengan sahabat baik korang atau orang yang korang kenal dan buat korang yang mungkin taknak ambil risiko tidur sebilik dengan orang yang baru korang kenal kan. jadinya, inshaALLAH kalau sistem pendaftaran kolej tak berubah, maka , tips ni akan menjadi tips yang berguna le hendaknya.
Semasa proses pendaftaran kolej akan ada beberapa kaunter yang disediakan. setiap kaunter melambangkan blok yang ada. kalau korang malas berjalan sila lah ke kaunter kolej (KHAS UNTUK PELAJAR PEREMPUAN LAH YE. SEBAB LELAKI MEMANG BLOK JAUH DARI TANGGA KEJAYAAN (read: tangga maut) . yela. korangkan obses nak sado. kalau perempuan yang obses nak kurus boleh lah pilih blok yang jauh jauh jugak. ok sambung, ke kaunter kolej label RAFFLESIA 5 (R 5) , RAFFLESIA 6 (R 6) , RAFFLESIA 4 (R 4) tapi masa tahun aku daftar tu blok R4 ni terbuka untuk student diploma .ada beberapa je kot student asasi kat blok ni. selepas dah aim mana kaunter korang nak pergi ,terus beratur satu line dengan kengkawan korang. dah dapat kunci tu check dulu, kot kot korang lain ke rumah, boleh le kawtim dengan akak kaunter tu (ikut nasib a. kalau korang terror kawtim dapat lah.) harharhar. lepastu, selesai lah.
Korang akan tinggal didalam sebuah rumah yang indah lagi aman (okbai) . korang akan tinggal dalam rumah macam apartment. bukan dorm yang satu bilik berbelas orang tu lah. so setiap rumah ada ruang tamu , 4 bilik (satu bilik 2 orang) , 1 bilik air besar (dalamnya ada satu tandas cangkung, 1 bilik mandi, 1 bilik mandi beserta tandas duduk) , para (para tu macam emm korang google lah apa dia para tu ) untuk simpan baranagn mandian atau boleh le dibuat tempat memberus baju, rak kasut , ampaian dalam rumah (tapi tak cukuplah sebenarnya kongsi 8 orang, so dinasihatkan, deal lah dengan housemates siapa nak sponsor ampaian . banyak pahala hampa!) berkenaan iron pun deal deal lah. kalau rasa malas nak rebut bawa lah sendiri punya (nak tambah pahala boleh lah kongsi kongsi dgn housemates inshaALLAH) . macam aku dulu, electric kettle nak masak air, extension wire, iron , penyapu, mop, aku deal dengan roomate. so aku bawa electric kettle, ampaian kecik letak kat dalam bilik dengan extension , dia bawa iron dan iron board, ampaian besar (leta kat liing hall) (yang akhirnya digunakan satu rumah) kahkah. penyapu dan mop pula kitorang beli untuk satu rumah. ala beli murah jeee. bukan rajin pun kan korang (read:aku) nak sapu dan mop selalu. dan yang lain lain settle lah sendiri . Kan dah besar. Oh! ,Dekat setiap blok juga ada mesin basuh dekat level 1, ada water dispenser (coway) macam macam lah . selesai.
KETIGA
semasa minggu MDS, korang akan menjadi sebaik baik manusia. hahah. MDS ialah MINGGU DESTINI SISWA. bahasa mudah, orientasi. korang akan mengorientasikan diri korang untuk kemudahan hidup sebagai student kat sana di masa mendatang gituw. tak silap aku, masa MDS dulu,ketika hari urusan penyerahan surat aku janji duit KPM korang kena pakai baju kurung putih dan kain hitam (perempuan) dan baju kemeja putih serta seluar hitam (lelaki), so sila lah sediakan siap siap. aku tak ejoy the MDS sangat pun, so malas nak cerita panjang. kahkah.
KEEMPAT :selesai hal hal pendaftaran , sekarang bercerita tentang hal hal akademik pula. inshaALLAH andai sistem nya masih sama, beginilah serba sedikit. okay. Setiap kelas akan ada 30++ students. kalau asasi sains ramai perempuan dan sikit lelaki. manakala, asasi engineering ramai lelaki sikit perempuan. (ketepikan niat nak cuci mata . ecewahhh). masa lecture, korang akan belajar dalam dewan kuliah yang menempatkan 5 kelas setiap dewan so korang akan berlajar bersama kelas yang lain. tutorial pula dalam bilik kuliah atau bilik tutorial yang menempatkan kelas korang sahaja. lab pun sama, cuma masa lab dalam lab yang kelas korang sahja.
SUBJEK(asasi sains)
MATH : 4 jam lecture, 2 jam tutorial
FIZIK : 3 jam lecture , 2 jam tutorial , 2 jam lab
CHEM: 3 jam lecture . 1 jam tutorial , 2 jam lab
BIO : 3 jam lecture, 1 jam tutorial , 2 jam lab
ELC (english) : 4 jam lecture (dalam bilik kuliah/bilik tutorial)
CTU (agama) : 2 jam lecture (dalam bilik kuliah /bilik tutorial)
untuk engineering, hakak tak berapa pasti ah dik. pasal akak student sains.
okay. selesai part 1, akan bersambung part 2. ASAP! KIHKIH. macam ada je kan manusia baca.
okay moga bermanfaat. buat yang accidentally terbaca tanpa ada niat sekali pun.
No comments:
Post a Comment