Dalam post sebelum ini, saya pun ada kata, isu tauhid ini jarang benar kita dalami berbanding isu isu yang lain. Jadi , izinkan saya yang masih merangkak ini berkongsi serba sedikit ilmu yang saya ada. Berapa antara kita hari ini, yang memandang dan menilai seseorang itu dari luarannya! ha.. angkat tangan! baiklah, saya mengaku, saya pun turut menilai sesorang sebegitu rupa. Sehingga lah saya sedar, seelok mana rupa seseorang itu, iman dan akhlaknya yang lebih penting! ecewah.
"Ana nak cari bakal isteri yang tudung labuh, nak siap pakai purdah sekali,jubah.mesti bagai punya lah!"
"Ya Allah! Dia pakai serban lah, siap celak sekali, ALLAH. gugur iman. alangkah indahnya bersuamikan dia"
Ahah! Malangnya kita, pakai tudung labuh, iman nya hebat! Pakai serban , bercelak, berjubah, imannya gagah! Persepsi yang kita ada ini , totally salah sedara . Kenapa??
Kerana Allah tidak menilai keimanan seseorang itu dari labuhnya tudung dan serban yang dipakai! Tidak! Berapa orang hari ini yang bertudung , berserban terkeluar dari landasan ajaran Islam yang sebenarnya? Berapa yang menyertai kumpulan ajaran sesat? Berapa yang masih bermusuh musuhan? Berapa sedara berapa??? Saya pun tidak lah pasti jumlah yang tepat. tapi yang saya pasti RAMAI sedara oii, RAMAI. Ummah kita dah nazak dah . Maka, sebab itu tidaklah kita punya hak untuk menilai seseorang itu beriman setinggi langit atau beriman serendah tanah. Bukan lah saya nak sebarkan fahaman bahawa, oh tidak mengapa tak pakai tudung pun yang penting iman mantoppp!
Bukan lah begtu. Itu pun salah lah. Menutup aurat itu memang wajib sebagai Islam. Tetapi menutup aurat sahaja tidak menjamin keimanan yang gagah jika tidak disinari dengan Tauhid yang mantop. (mengapa saya bercakap tentang aurat sahaja? kerana kita kan pandang luaran. kita sentuh lah bab luaran gak).
Jika hati kita susah untuk merasai kasih sayang Allah dan Rasulullah, maka recheck balik hati kita! Tandanya, kita tidak mengingati Dia. Kenapa hari ini ramai yang terpesong ke ajaran sesat , menjadi syiah , terkeluar dari ahli sunnah waljamaah.? Kerana, tidak punya rasa yang kuat dengan Allah. Jika hati kita kuat dan kukuh dengan ALLAH,inshaALLAH, sukarlah untuk kita melakukan dosa, sukar berasa tidak tenang, sukar untuk tidak solat, sukar untuk tidak bersedekah, sukar untuk kita tidak beribadah! Ketidak tenangan hati dalam kalangan kita inilah, yang menyebabkan kita membuat sesuatu diluar jangkaan. Kita tidak redha dengan setiap ketentuan ALLAH. Kita merasakan bahawa setiap apa yang terjadi itu tidak adil bagi kita! Sedih.
Jika hendak diceritakan bagaimana kukuhnya iman para sahabat dahulu untuk bekorban demi ALLAH dan Rasulullah, Allah! boleh bertakung keyboard ni dengan air mata. Pengorbanan kita harini pula, untuk sang kekasih yang belum pasti menjadi teman di syurga kelak. Pengorbanan untuk ALLAH dan Rasul? nak selawat lepas solat pun kita malas. bahkan , nak solat rasa berat! betapa nazaknya iman kita ! Didiklah hati kita ini dengan cahaya iman ketauhidan yang mantop kepada ALLAH. inshaALLAH, ketenangan yang akan kita capai! inshaALLAH terjaga lah iman kita dari anasir jahat yang menghancurkan. Maka kita akan menutup aurat, dengan tauhid yang cukup kuat kepada Allah. Kita akan beribadah seolah olah Allah ada didepan kita. Tidaklah kita akan memandang seseorang berbuat dosa, lalu mengumpat . Tidaklah kita berasa insikiyor dengan kecantikan, kehenseman, kepandaian, kebijaksanaa, kekayaan, kemewahan orang lain. Kerana kita percaya! Allah itu ada dan Maha Berkuasa , Maha Mengetahui.Setiap makhluk itu telah ALLAH tetapkan bahagian masing masing,rezeki masing masing, kecantikan, kenewahan, bakat dan kebijaksanaan yang berbeza. Syukurlah ALLAH masih beri kita bernafas! Apa lagi yang kita mahu? Kita hanya perlu rasa takut pada ALLAH.Hanya perlu rasa insikiyor jika kita punya timbangan dosa lebih berat dari pahala. Rasa insikiyor kerana kita bakal dihakimi oleh Allah kelak!! Tidak lama lagi! Itu yang patut kita rasa insikiyor.
Masayarakat kita ini juga tidak pernah lari dari mentaliti, Belajar lah pandai pandai, pastu berkasih sayang lah, ha nanti dah tua dah tak kerja , anak anak dan isteri/suami dah kurang kasih sayang, duduklah pondok, belajar ngaji dekatkan diri pada Allah! Kenapa nak kenal ALLAH bila dah tua? tidak sedarkah kita jarak antara kita dan ajal terlalulalulalu dekat. Yakin masih punya nafas pada esok hari? Yakin masih punya nafas satu saat selepas ini? Saya, tidak yakin. Sedang saya menaip ini pun pasti ada satu nyawa yang ditarik . Entah entahgiliran saya pula lepas ni.Inikan pula kita berasa sungguh yakin masih bernafas sehingga hari tua untuk baru mendekati mengenal ALLAH! Jika kita letakkan matlamat untuk mengenal dan mendekati ALLAH dihujung hujung matlamat hidup kita, kejayaan yang kita ada selama ini tidak akan bermakna dan tidak terasa nikmatnya! ok lah. saya bagi analogi. Jika kita diberi pelihan untuk memilih antara dua , A.sesuatau yang dijamin akan kekal lama dan B.sesuatu yang tidak dijamin hayatnya, mana satu yang kita akan pilih? Kalau saya yang masih waras ni, tentulah saya akan pilih A! sesuatu yang dijamin kekal lama. Begitulah dalam kehidupan kita ini. Wajiblah kita memilih untuk mendekati dan mengenal ALLAH, kerana Dia lah yang dijamin kekal buat selamanya, wujudnya dia wujud selama lamanya. berbanding kebijaksanaan dan kasih sayang manusia yang tidak dijamin hayatnya, dan bersifat sementara. Tetapi mengapa kita masih pilih yang tidak kekal dan bersifat sementara? Tanya lah iman kita! Adakah kita sekadar muslim atau mu'min ?
Saya nak berkongsi sedikitlah formula yang mungkin membantu anda . Dan janganlah salah faham. ini bukan lah ajaran yang baru atau sesat! AHAH! ini semua memang ada dalam al quran dna hadis. InshaALLAH.
I.M.S
I- NABI IBRAHIM as. Contohi lah keimanan , ketauhidan dan ketakwaan Nabi Ibrahim dan keluarganya terhadap ALLAH. begitu hebat cintanya dan keyakinan terhadap ALLAH! sehingga anak sendiri sanggup disembelih kerana yakin dengan ALLAH! Teladanilah, macam mana Siti Hajar, isterinya redha ditinggalkan di tengah tengah padang pasir oleh suaminya atas perintah ALLAH dan tidak berputus asa mencari air untuk anaknya , kerana yakin dengan ketentuan ALLAH kerana yakin dengan sifat ALLAH yang Maha Mengetahui. Kerana yakin tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia sia. Subhanallah! Kagum. Kalau hendak dibanding , baginda dan diri kita ini ibarat langit yang atas dan dasar laut yang paling dalam. Subhanallah!
M- NABI MUHAMMAD SAW. Kasih sayang baginda terhadap seluruh umat manusia, subhanallah! bagaimana baginda mampu menyebarkan dakwah dengan kasih sayang baginda. Dibaling tahi unta, dipulau, namun , kasih sayang baginda tetap utuh demi sayangnya baginda kepada ISLAM dan umat islam! sehingga ke nafas terakhir baginda sekalipun, kasih sayang baginda tidak luntur sedikit pun sehingga sanggup meminta untuk menanggung kesakitan sakaratulmaut yang bakal ditanggung oleh umatnya . kerana apa? kerana terlalu sayang terhadap kita. Maka, contohilah baginda. Berkasih sayang lah kita kerana ALLAH SWT, jangan saling bermusuhan sesama kita. Andai rasa diri hebat, join usrah, dakwah sana sini, elok berserban, berpudah, maka jangan lah sedikit pun kalian membenci hamba maksiat! benci lah maksiat yang dilakukan bukan pelakunya.pandang lah seseorang itu dengan harapan dan kasih sayang semoga dia mendapat hidayah dan terbuka hati mereka untuk berubah. inshaALLAH! JANGAN TERASA DIRI HEBAT WALAU BERDAKWAH SANA SINI! KERANA HIDAYAH ITU PEMBERIAN ALLAH. MAKA , DENGAN MUDAH, DIA MAMPU MENARIKNYA KEMBALI DARI KITA. hati hati. riak membawa padah!
S- NABI SULAIMAN as. Kebijaksanaan. Kebijaksanaan Nabi Sulaiman dalam mentadbir dan memerintah sebuah tamadun yang sungguh mengagumkan. Kebijaksanaan bersama iman yang mantap. Ini yang patut kita contohi . Bukan kebijaksanaan membuta tuli .
Saya terangkan dalam formula ini menurut apa yang diterangkan oleh abi bukan lah sesuka hati, tapi setiap satu ini telah diceritakan di dalamAL QURAN. IMS ini hanya sekadar akronim untuk mudah kita hayati dan amalkan unsur unsur penting tersebut dalam kehidupan kita. Kerana kita sekarang ini mengejar SMI bukan IMS. bukan lah kita perlu mengecap hidup bertauhid kukuh dahulu baru boleh mengecap M dan S. TIDAK! tapi ketiga tiga ini sepatutnya berjalan seiring dalam masa yang sama tetapi, penekanan yang dalam ,penting untuk unsur I. Apa pun ini adalah apa yang mudah untuk saya fahami. terpulang kalian nak ingat macam mana. yang penting cuba amalkan dan dalami. jangan berlari mengejar dunia melebihi akhirat kerana bimbang juga kita bakal merangkak di titian sirat.
Saya terangkan dalam formula ini menurut apa yang diterangkan oleh abi bukan lah sesuka hati, tapi setiap satu ini telah diceritakan di dalamAL QURAN. IMS ini hanya sekadar akronim untuk mudah kita hayati dan amalkan unsur unsur penting tersebut dalam kehidupan kita. Kerana kita sekarang ini mengejar SMI bukan IMS. bukan lah kita perlu mengecap hidup bertauhid kukuh dahulu baru boleh mengecap M dan S. TIDAK! tapi ketiga tiga ini sepatutnya berjalan seiring dalam masa yang sama tetapi, penekanan yang dalam ,penting untuk unsur I. Apa pun ini adalah apa yang mudah untuk saya fahami. terpulang kalian nak ingat macam mana. yang penting cuba amalkan dan dalami. jangan berlari mengejar dunia melebihi akhirat kerana bimbang juga kita bakal merangkak di titian sirat.
p/s: saya mungkin masih lagi kekurangan ilmu. sekiranya ada yang membaca ini merasakan ada yang tidak betul atau kurang, dengan penuh terbuka hati saya ini bermohon, agar ditegur lah apa yang patut. inshaALLAH! wah ayat saya. okay takdalah wah sangatt... apa pun, BERSANGKA BAIKLAH PADA ALLAH!
No comments:
Post a Comment