Assalammualaikum .
Belog yang baru. fresh. dan yang ketiga selepas kedua dua yang sebelumnya terlupa password. (sedih). Hey! tapi takpa! setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya! Dan hikmahnya ialah, dapat lah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang lebih mematangkan (matang kah?) melalui penulisan yang lebih fresh ini! ahah. semoga anda tidak berair mata (kerana menguap) itu pun jika and jumpa belog ini! baik, sebelum terkeluar dari landasan nawaitu aku dalam post kali ini, ingin lah dinyatakan bahawa kadangkala penulis belog ini menggunakan aku atau saya dalam kata ganti nama dirinya. (bergantung sejauh mana keperluan yang ada pada sesuatu post tersebut. Dan yang paling penting ialah! Segala apa yang saya kongsikan disini merupakan apa yang saya gigih kutip dan catit dan simpan dan ingati daripada guru-guru saya ( pengalaman, manusia, buku dsbg) jadi , inshaALLAH mudah -mudahan saya tidak berkongsi sesuatu yang masih ada keraguan terhadapnya. InshaALLAH!
Haaa. anda-anda semua nampak tak tajuk atas tu? wahh kemain tajuk dia kan. tapi! benda ni memang kemain serius pun dalam hidup kita. Perkara yang paling penting dalam hidup kita! Ahah. Sekukuh mana DIA dalam hati kita? Sekukuh mana ALLAH dalam hati kita? dalam kehidupan kita? Berat. siapa boleh jawab, saya ucapkan tahniah. tahniah je lah sebab soalan ini sangat mudah nak jawab. sekelip mata . sesenang kacang gituw.TAPI! siapa yang dapat merasainya, ALLAH! semoga DIA membalas kalian dengan surga.!
TAUHID. Buat seorang yang jahil seperti saya, topik tauhid ini merupakan antara topik yang mungkin jarang ditekankan oleh kakak-kakak usrah dan ustazah serta ustaz (jadian) di twitter. Yang selalu menjadi topik kegemaran ramai ialah : aurat, aib orang, chenta islamik dan cara-cara mencari zauj dan zaujah yang ideal! wah! Maka, apabila saya didedahkan dengan isu TAUHID , satu isu yang besar dan penting, barulah saya sedar, bertambah jahilnya saya ini. Tapi tak mengapa, untuk mendapat ilmu, perlulah kita jahil dahulu, maka baru mempunyai rasa untuk mengetahui lebih mendalam. Terlalu ramai yang saya jumpa, terasa diri terlalu sempurna seolah terjamin surga, tapi, bila ilmu mahu sampai ditutupnya minda, seolah dia tahu semua, moga terbuka hati mereka.
Siapa kata duduk UiTM ,kita akan terdedah dengan budaya yang entah apa -apa? siapa kata? Ramai sangat dah kata. Saya menyangkal lah sama sekali. Dekat mana sekali pun kita berada, kalau kita tak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif maka dorong diri kita ke arah positif. Mudah. Bukan salah tempat atau siapa pun. (saya tulis ni lepas terbaca twit org kat twitter pasai uitm ni) ahaks. baik , kita teruskan. Alhamdulillah. Saya telah temui hikmah yang paling besar sepanjang saya berada di UiTM untuk menghabiskan asasi saya. Telah ALLAH menemukan saya dengan mereka yang sentiasa memberi peringatan buat diri yang terlalu mudah lupa ni. Alhamdulillah.
Selama kita hidup ini, kita yakin dan percaya bahawa hanya ALLAH sahaja yang layak disembah dan Muhammad (saw) itu persuruh ALLAH. Tetapi sejauhhhhh manakah dan sekukuhhh manakah keyakinan dan kepercayaan kita terhadap apa yang kita ungkap kan tu? Tepuk dada tanya iman. Saya? ALLAH. Malu pada ALLAH dan Rasul-NYA. KETAUHIDAN . bukan satu perkara yang *tick* (bunyi petik jari) boleh dimain-mainkan. Menempuh dunia akhir zaman, ketauhidan yang benar benar kukuh yang akan menjamin kekuatan iman kita saat diuji dajal dan konco-konconya nanti. Ngeri . Baiklah . Lapangkan dada. Tarik nafas dan tahan bawa ke perut, didik degup jantung menjadi ALLAH, ALLAH , ALLAH, menggantikan 'lub' 'dup' . buat 7 kali dengan penuh jiwa dan rasa (kesat air mata) .
Sedarkah kita, setiap apa yang kita lakukan ini datangnya dari kudrat ALLAH. ALLAH itu tidak terikat dengan segala apa sifat sifat manusia. Keagungan ALLAH itu tidak ada satu makhluk pun yang dapat menandinginya. ALLAHUAKBAR.
1) Yakin dan kukuhkan lah pegangan kita tentang kewujudan ALLAH. Jauhkan diri kita dari perasaan was-was tentang kewujudan-Nya. Kadang-kadang mesti akan sedikit terdetik tentang kewujudanNya dan pelbagai lagi kebesaran dek hasutan syaiton durjana. Maka, menjadi kewajipan, untuk kita sentiasa kukuhkan iman dan keyakinan kita terhadapnya! Ingat lah dia selalu, kerana, DIA sentiasa mengingati kita. Siapa lah kita untuk melupakanNYA?
2) Pandanglah kuasanya dan segala ketentuan-Nya dengan pandangan yang baik sentiasa. Beribadah lah seolah kita melihat-Nya. Hayatilah setiap bacaan dalam ibadah kita terutamanya kengkawan ibadah wajib kita. Bagi saya, yang paling menyentuh hati ialah "ar rahmanirahim" . Allah, selepas memahami sedikit sebanyak tentang tauhid ini, setelah inshaALLAH mula bangkit dari kejahilan, tersentuh dengan ayat tu. Terlampu banyak nikmat yang dikurniakan-Nya disebalik setiap dosa yang dilakukan saya setiap detik. ALLAH! siapa kita nak buat sambil lewa?
3) Buang lah ego anda sebagai manusia atau makhluk terbaik ciptaanNYA. BUANG! Ego yang ada hanya akan menambah benteng yang tinggi untuk menghalang kita dari mengenal-nya dan mencintai-Nya. Usah rasakan diri kita hebat. Sepandai dan sekaya mana pun kita, itu semua atas kudrat-NYA dan kehendak-NYA. Jika dia tidak mahu memberikan sesuatu kepada kita, maka kita tidak akan dapat sesuatu itu. Sedarlah kengkawan, riak bongkak takbur, itu semua kawanan syaitan, seronok lah syaiton durjana tu melepak, berdisko, bersukaria kalau kita terikut ikut dengan sikap tu.
Saya nak share banyak lagi, tapi panjang sangat kot entry ni. ahaks. inshaALLAH akan bersambung lagi. Silap dan salah, silalh memberi teguran. Setiap apa yang saya kongsikan ni disampai oleh mereka yang dipercayai dan bukanlah smata atas nafsu saya semata. kalau ikut nafsu, merangkak lah saya nak jawab nanti. inshaALLAH. moga bermanfaat!
akan bersambung lebih lagi untuk entri seterusnya! hiks.
p/s: sesungguhnya isu tauhid ini satu isu yang sangat besar untuk saya kupas dengan mendalam. dengan ilmu yang secetek cuma, amatlah besar hati saya, jika yang terjumpa dan terbaca entry ini, rujuk kepada mereka yang anda percaya dapat sampaikan ilmu ini dengan mendalam dan jelas. supaya tidak ada salah faham tentang isu yang paling penting dalam hidup kita ni kay!
p/ss: guru saya merupakan seseorang yg saya panggil abi. dan seorang lagi , abi prof. serta Walid. diperkenalkan oleh Ustazah saya di UiTM. sebelum and cba berfikir yang macam macam mengenai panggilan ini, buanglah jauh jauh, panggilan sekadar panggilan, abi dan walid ntuk mewujudkan hubungan kekeluargaan, dan nasihat serta pesanan yang sampai dari seorang ayah buat anak-anaknya. sebab kekadang mentaliti masyarakat yang semakin kritikal dan berada di zon merah ni, mesti ingat ni mcm ajaran sesat ke apa, semata mata pasal panggilan yang jarang digunakan antara murid dan gurunya! ahaks. lapangkan dada k kengkawan. buka minda. terangkan jiwa!
#sayabukanustazahk #shareje #eh
No comments:
Post a Comment