Friday, 29 May 2015

Kemana kurangnya iman kalau tak ke....

Assalammualaikum wbt! Buat pembaca yang budiman. Harini , saya nak kupas dan kopek sikit tentang isu Tauhid lagi. inshaALLAH, semoga setiap bait kata ini direstui Allah!

Dalam post sebelum ini, saya pun ada kata, isu tauhid ini jarang benar kita dalami berbanding isu isu yang lain. Jadi , izinkan saya yang masih merangkak ini berkongsi serba sedikit ilmu yang saya ada. Berapa antara kita hari ini, yang memandang dan menilai seseorang itu dari luarannya! ha.. angkat tangan! baiklah, saya mengaku, saya pun turut menilai sesorang sebegitu rupa. Sehingga lah saya sedar, seelok mana rupa seseorang itu, iman dan akhlaknya yang lebih penting! ecewah.

"Ana nak cari bakal isteri yang tudung labuh, nak siap pakai purdah sekali,jubah.mesti bagai punya lah!"

"Ya Allah! Dia pakai serban lah, siap celak sekali, ALLAH. gugur iman. alangkah indahnya bersuamikan dia"


Ahah! Malangnya kita, pakai tudung labuh, iman nya hebat! Pakai serban , bercelak, berjubah, imannya gagah!  Persepsi yang kita ada ini , totally salah sedara . Kenapa??
Kerana Allah tidak menilai keimanan seseorang itu dari labuhnya tudung dan serban yang dipakai! Tidak! Berapa orang hari ini yang bertudung , berserban terkeluar dari landasan ajaran Islam yang sebenarnya? Berapa yang menyertai kumpulan ajaran sesat? Berapa yang masih bermusuh musuhan? Berapa sedara berapa??? Saya pun tidak lah pasti jumlah yang tepat. tapi yang saya pasti RAMAI sedara oii, RAMAI. Ummah kita dah nazak dah . Maka, sebab itu tidaklah kita punya hak untuk menilai seseorang itu beriman setinggi langit atau beriman serendah tanah. Bukan lah saya nak sebarkan fahaman bahawa, oh tidak mengapa tak pakai tudung pun yang penting iman mantoppp! 
Bukan lah begtu. Itu pun salah lah. Menutup aurat itu memang wajib sebagai Islam. Tetapi menutup aurat sahaja tidak menjamin keimanan yang gagah jika tidak disinari dengan Tauhid yang mantop. (mengapa saya bercakap tentang aurat sahaja? kerana kita kan pandang luaran. kita sentuh lah bab luaran  gak).

Jika hati kita susah untuk merasai kasih sayang Allah dan Rasulullah, maka recheck balik hati kita! Tandanya, kita tidak mengingati Dia. Kenapa hari ini ramai yang terpesong ke ajaran sesat , menjadi syiah , terkeluar dari ahli sunnah waljamaah.? Kerana, tidak punya rasa yang kuat dengan Allah. Jika hati kita kuat dan kukuh dengan ALLAH,inshaALLAH, sukarlah untuk kita melakukan dosa, sukar berasa tidak tenang, sukar untuk tidak solat, sukar untuk tidak bersedekah, sukar untuk kita tidak beribadah! Ketidak tenangan hati dalam kalangan kita inilah, yang menyebabkan kita membuat sesuatu diluar jangkaan. Kita tidak redha dengan setiap ketentuan ALLAH. Kita merasakan bahawa setiap apa yang terjadi itu tidak adil bagi kita! Sedih.

Jika hendak diceritakan bagaimana kukuhnya iman para sahabat dahulu untuk bekorban demi ALLAH dan Rasulullah, Allah! boleh bertakung keyboard ni dengan air mata. Pengorbanan kita harini pula, untuk sang kekasih yang belum pasti menjadi teman di syurga kelak. Pengorbanan untuk ALLAH dan Rasul? nak selawat lepas solat pun kita malas. bahkan , nak solat rasa berat! betapa nazaknya iman kita ! Didiklah hati kita ini dengan cahaya iman ketauhidan yang mantop kepada ALLAH. inshaALLAH, ketenangan yang akan kita capai! inshaALLAH terjaga lah iman kita dari anasir jahat yang menghancurkan. Maka kita akan menutup aurat, dengan tauhid yang cukup kuat kepada Allah. Kita akan beribadah seolah olah Allah ada didepan kita. Tidaklah kita akan memandang seseorang berbuat dosa, lalu mengumpat . Tidaklah kita berasa insikiyor dengan kecantikan, kehenseman, kepandaian, kebijaksanaa, kekayaan, kemewahan orang lain. Kerana kita percaya! Allah itu ada dan Maha Berkuasa , Maha Mengetahui.Setiap makhluk itu telah ALLAH tetapkan bahagian masing masing,rezeki masing masing, kecantikan, kenewahan, bakat dan kebijaksanaan yang berbeza. Syukurlah ALLAH masih beri kita bernafas! Apa lagi yang kita mahu?   Kita hanya perlu rasa takut pada ALLAH.Hanya perlu rasa insikiyor jika kita punya timbangan dosa lebih berat dari pahala. Rasa insikiyor kerana kita bakal dihakimi oleh Allah kelak!! Tidak lama lagi! Itu yang patut kita rasa insikiyor.

Masayarakat kita ini juga tidak pernah lari dari mentaliti, Belajar lah pandai pandai, pastu berkasih sayang lah, ha nanti dah tua dah tak kerja , anak anak dan isteri/suami dah kurang kasih sayang, duduklah pondok, belajar ngaji dekatkan diri  pada Allah! Kenapa nak kenal ALLAH bila dah tua? tidak sedarkah kita jarak antara kita dan ajal terlalulalulalu dekat. Yakin masih punya nafas pada esok hari? Yakin masih punya nafas satu saat selepas ini? Saya, tidak yakin. Sedang saya menaip ini pun pasti ada satu nyawa yang ditarik . Entah entahgiliran saya pula lepas ni.Inikan pula kita berasa sungguh yakin masih bernafas sehingga hari tua untuk baru mendekati mengenal ALLAH! Jika kita letakkan matlamat untuk mengenal dan mendekati ALLAH dihujung hujung matlamat hidup kita, kejayaan yang kita ada selama ini tidak akan bermakna dan tidak terasa nikmatnya!  ok lah. saya bagi analogi. Jika kita diberi pelihan untuk memilih antara dua , A.sesuatau yang dijamin akan kekal lama dan B.sesuatu yang tidak dijamin hayatnya, mana satu yang kita akan pilih? Kalau saya yang masih waras ni, tentulah saya akan pilih A! sesuatu yang dijamin kekal lama. Begitulah dalam kehidupan kita ini. Wajiblah kita memilih untuk mendekati dan mengenal ALLAH, kerana Dia lah yang dijamin kekal buat selamanya, wujudnya dia wujud selama lamanya. berbanding kebijaksanaan dan kasih sayang manusia yang tidak dijamin hayatnya, dan bersifat sementara.  Tetapi mengapa kita masih pilih yang tidak kekal dan bersifat sementara? Tanya lah iman kita! Adakah kita sekadar muslim atau mu'min ?

Saya nak berkongsi sedikitlah formula yang mungkin membantu anda . Dan janganlah salah faham. ini bukan lah ajaran yang baru atau sesat! AHAH! ini semua memang ada dalam al quran dna hadis. InshaALLAH.

I.M.S

I-  NABI IBRAHIM as. Contohi lah keimanan , ketauhidan dan ketakwaan Nabi Ibrahim dan keluarganya terhadap ALLAH.  begitu hebat cintanya dan keyakinan terhadap ALLAH! sehingga anak sendiri sanggup disembelih kerana yakin dengan ALLAH! Teladanilah, macam mana Siti Hajar, isterinya redha ditinggalkan di tengah tengah padang pasir oleh suaminya atas perintah ALLAH dan tidak berputus asa mencari air untuk anaknya , kerana yakin dengan ketentuan ALLAH kerana yakin dengan sifat ALLAH yang Maha Mengetahui. Kerana yakin tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia sia. Subhanallah! Kagum. Kalau hendak dibanding , baginda dan diri kita ini ibarat langit yang atas dan dasar laut yang paling dalam. Subhanallah!


M- NABI MUHAMMAD SAW.   Kasih sayang baginda terhadap seluruh umat manusia, subhanallah! bagaimana baginda mampu menyebarkan dakwah dengan kasih sayang baginda. Dibaling tahi unta, dipulau, namun , kasih sayang baginda tetap utuh demi sayangnya baginda kepada ISLAM dan umat islam! sehingga ke nafas terakhir baginda sekalipun, kasih sayang baginda tidak luntur sedikit pun sehingga sanggup meminta untuk menanggung kesakitan sakaratulmaut yang bakal ditanggung oleh umatnya . kerana apa? kerana terlalu sayang terhadap kita. Maka, contohilah baginda. Berkasih sayang lah kita kerana ALLAH SWT, jangan saling bermusuhan sesama kita. Andai rasa diri hebat, join usrah, dakwah sana sini, elok berserban, berpudah, maka jangan lah sedikit pun kalian membenci hamba maksiat! benci lah maksiat yang dilakukan bukan pelakunya.pandang lah seseorang itu dengan harapan dan kasih sayang semoga dia mendapat hidayah dan terbuka hati mereka untuk berubah. inshaALLAH! JANGAN TERASA DIRI HEBAT WALAU BERDAKWAH SANA SINI! KERANA HIDAYAH ITU PEMBERIAN ALLAH. MAKA , DENGAN MUDAH, DIA MAMPU MENARIKNYA KEMBALI DARI KITA. hati hati. riak membawa padah!

S- NABI SULAIMAN as. Kebijaksanaan. Kebijaksanaan Nabi Sulaiman dalam mentadbir dan memerintah sebuah tamadun yang sungguh mengagumkan. Kebijaksanaan bersama iman yang mantap. Ini yang patut kita contohi . Bukan kebijaksanaan membuta tuli . 


Saya terangkan dalam formula ini menurut apa yang diterangkan oleh abi bukan lah sesuka hati, tapi setiap satu ini telah diceritakan di dalamAL QURAN.  IMS ini hanya sekadar akronim untuk mudah kita hayati dan amalkan unsur unsur penting tersebut dalam kehidupan kita. Kerana kita sekarang ini mengejar SMI bukan IMS. bukan lah kita perlu mengecap hidup bertauhid kukuh dahulu baru boleh mengecap M dan S. TIDAK! tapi ketiga tiga ini sepatutnya berjalan seiring dalam masa yang sama tetapi, penekanan yang dalam ,penting untuk unsur I. Apa pun ini adalah apa yang mudah untuk saya fahami. terpulang kalian nak ingat macam mana. yang penting cuba amalkan dan dalami. jangan berlari mengejar dunia melebihi akhirat kerana bimbang juga kita bakal merangkak di titian sirat. 



p/s: saya mungkin masih lagi kekurangan ilmu. sekiranya ada yang membaca ini merasakan ada yang tidak betul atau kurang, dengan penuh terbuka hati saya ini bermohon, agar ditegur lah apa yang patut. inshaALLAH! wah ayat saya. okay takdalah wah sangatt... apa pun, BERSANGKA BAIKLAH PADA ALLAH! 

Thursday, 21 May 2015

Sekukuh Mana DIA ada dalam hati kita?

Assalammualaikum .

Belog yang baru. fresh. dan yang ketiga selepas kedua dua yang sebelumnya terlupa password. (sedih). Hey! tapi takpa! setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya! Dan hikmahnya ialah, dapat lah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang lebih mematangkan (matang kah?) melalui penulisan yang lebih fresh ini! ahah. semoga anda tidak berair mata (kerana menguap) itu pun jika and jumpa belog ini! baik, sebelum terkeluar dari landasan nawaitu aku dalam post kali ini, ingin lah dinyatakan bahawa kadangkala penulis belog ini menggunakan aku atau saya dalam kata ganti nama dirinya. (bergantung sejauh mana keperluan yang ada pada sesuatu post tersebut. Dan yang paling penting ialah! Segala apa yang saya kongsikan disini merupakan apa yang saya gigih kutip dan catit dan simpan dan ingati daripada guru-guru saya ( pengalaman, manusia, buku dsbg) jadi , inshaALLAH mudah -mudahan saya tidak berkongsi sesuatu yang masih ada keraguan terhadapnya. InshaALLAH!

Haaa. anda-anda semua nampak tak tajuk atas tu? wahh kemain tajuk dia kan. tapi! benda ni memang kemain serius pun dalam hidup kita. Perkara yang paling penting dalam hidup kita! Ahah. Sekukuh mana DIA dalam hati kita? Sekukuh mana ALLAH dalam hati kita? dalam kehidupan kita? Berat. siapa boleh jawab, saya ucapkan tahniah. tahniah je lah sebab soalan ini sangat mudah nak jawab. sekelip mata . sesenang kacang gituw.TAPI! siapa yang dapat merasainya, ALLAH! semoga DIA membalas kalian dengan surga.!

TAUHID. Buat seorang yang jahil seperti saya, topik tauhid ini merupakan antara topik yang mungkin jarang ditekankan oleh kakak-kakak usrah dan ustazah serta ustaz (jadian) di twitter. Yang selalu menjadi topik kegemaran ramai ialah : aurat, aib orang, chenta islamik dan cara-cara mencari zauj dan zaujah yang ideal! wah! Maka, apabila saya didedahkan dengan isu TAUHID , satu isu yang besar dan penting, barulah saya sedar, bertambah jahilnya saya ini. Tapi tak mengapa, untuk mendapat ilmu, perlulah kita jahil dahulu, maka baru mempunyai rasa untuk mengetahui lebih mendalam. Terlalu ramai yang saya jumpa, terasa diri terlalu sempurna seolah terjamin surga, tapi, bila ilmu mahu sampai ditutupnya minda, seolah dia tahu semua, moga terbuka hati mereka.

Siapa kata duduk UiTM ,kita akan terdedah dengan budaya yang entah apa -apa? siapa kata? Ramai sangat dah kata. Saya menyangkal lah sama sekali. Dekat mana sekali pun kita berada, kalau kita tak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif maka dorong diri kita ke arah positif. Mudah. Bukan salah tempat atau siapa pun. (saya tulis ni lepas terbaca twit org kat twitter pasai uitm ni) ahaks. baik , kita teruskan. Alhamdulillah. Saya telah temui hikmah yang paling besar sepanjang saya berada di UiTM untuk menghabiskan asasi saya. Telah ALLAH menemukan saya dengan mereka yang sentiasa memberi peringatan buat diri yang terlalu mudah lupa ni. Alhamdulillah.


Selama kita hidup ini, kita yakin dan percaya bahawa hanya ALLAH sahaja yang layak disembah dan Muhammad (saw) itu persuruh ALLAH. Tetapi sejauhhhhh manakah dan sekukuhhh manakah keyakinan dan kepercayaan kita terhadap apa yang kita ungkap kan tu? Tepuk dada tanya iman. Saya? ALLAH. Malu pada ALLAH dan Rasul-NYA. KETAUHIDAN . bukan satu perkara yang *tick* (bunyi petik jari) boleh dimain-mainkan. Menempuh dunia akhir zaman, ketauhidan yang benar benar kukuh yang akan menjamin kekuatan iman kita saat diuji dajal dan konco-konconya nanti. Ngeri . Baiklah . Lapangkan dada. Tarik nafas dan tahan bawa ke perut, didik degup jantung menjadi ALLAH, ALLAH , ALLAH, menggantikan 'lub' 'dup' . buat 7 kali dengan penuh jiwa dan rasa (kesat air mata) .

Sedarkah kita, setiap apa yang kita lakukan ini datangnya dari kudrat ALLAH. ALLAH itu tidak terikat dengan segala apa sifat sifat manusia. Keagungan ALLAH itu tidak ada satu makhluk pun yang dapat menandinginya. ALLAHUAKBAR.

1) Yakin dan kukuhkan lah pegangan kita tentang kewujudan ALLAH. Jauhkan diri kita dari perasaan was-was  tentang kewujudan-Nya. Kadang-kadang mesti akan sedikit terdetik tentang kewujudanNya dan pelbagai lagi kebesaran dek hasutan syaiton durjana. Maka, menjadi kewajipan, untuk kita sentiasa kukuhkan iman dan keyakinan kita terhadapnya! Ingat lah dia selalu, kerana, DIA sentiasa mengingati kita. Siapa lah kita untuk melupakanNYA?

2) Pandanglah kuasanya dan segala ketentuan-Nya dengan pandangan yang baik sentiasa. Beribadah lah seolah kita melihat-Nya.  Hayatilah setiap bacaan dalam ibadah kita terutamanya kengkawan ibadah wajib kita. Bagi saya, yang paling menyentuh hati ialah "ar rahmanirahim"  . Allah, selepas memahami sedikit sebanyak tentang tauhid ini, setelah inshaALLAH mula bangkit dari kejahilan, tersentuh dengan ayat tu. Terlampu banyak nikmat yang dikurniakan-Nya disebalik setiap dosa yang dilakukan saya setiap detik. ALLAH! siapa kita nak buat sambil lewa?

3) Buang lah ego anda sebagai manusia atau makhluk terbaik ciptaanNYA. BUANG! Ego yang ada hanya akan menambah benteng yang tinggi untuk menghalang kita dari mengenal-nya dan mencintai-Nya. Usah rasakan diri kita hebat. Sepandai dan sekaya mana pun kita, itu semua atas kudrat-NYA dan kehendak-NYA. Jika dia tidak mahu memberikan sesuatu kepada kita, maka kita tidak akan dapat sesuatu itu. Sedarlah kengkawan, riak bongkak takbur, itu semua kawanan syaitan, seronok lah syaiton durjana tu melepak, berdisko, bersukaria kalau kita terikut ikut dengan sikap tu.


Saya nak share banyak lagi, tapi panjang sangat kot entry ni. ahaks. inshaALLAH akan bersambung lagi. Silap dan salah, silalh memberi teguran. Setiap apa yang saya kongsikan ni disampai oleh mereka yang dipercayai dan bukanlah smata atas nafsu saya semata. kalau ikut nafsu, merangkak lah saya nak jawab nanti. inshaALLAH. moga bermanfaat!

akan bersambung lebih lagi untuk entri seterusnya! hiks.

p/s: sesungguhnya isu tauhid ini satu isu yang sangat besar untuk saya kupas dengan mendalam. dengan ilmu yang secetek cuma, amatlah besar hati saya, jika yang terjumpa dan terbaca entry ini, rujuk kepada mereka yang anda percaya dapat sampaikan ilmu ini dengan mendalam dan jelas. supaya tidak ada salah faham tentang isu yang paling penting dalam hidup kita ni kay!

p/ss:  guru saya merupakan seseorang yg saya panggil abi. dan seorang lagi , abi prof. serta Walid. diperkenalkan oleh Ustazah saya di UiTM. sebelum and cba berfikir yang macam macam mengenai panggilan ini, buanglah jauh jauh, panggilan sekadar panggilan, abi dan walid ntuk mewujudkan hubungan kekeluargaan, dan nasihat serta pesanan yang sampai dari seorang ayah buat anak-anaknya.  sebab kekadang mentaliti masyarakat yang semakin kritikal dan berada di zon merah ni, mesti ingat ni mcm ajaran sesat ke apa, semata mata pasal panggilan yang jarang digunakan antara murid dan gurunya! ahaks. lapangkan dada k kengkawan. buka minda. terangkan jiwa!


#sayabukanustazahk #shareje #eh




Saturday, 9 May 2015

ASASI SAINS PUNCAK ALAM (part2)

Assalammualaikum gais.

moh le kita ke part 2 tentang asasi sains dekat uitm puncak alam ni.

KELIMA: Course work dan final exam. okay. untuk adik adik yang  tak berapa pasti tentang pemarkahan ni, semoga penjelasan ni sedikit sebanyak mampu membantu korang semua lah okay?
So, markah final kita untuk pointer di penghujung sem akan diambil berdasarkan on going marks melibatkan (percent setiap tests, quizes, lab reports, assignement dll ) dan jugak percent dari markah final digabungkan menjadi markah untuk pointer korang. gituw. maksudnya disini!!! kalau nak rasa tenang sikit masa final tu, perlulah grab betul betul setiap markah course works tu. kalau markah course works okay, maka ia akan membantu sangat sangat inshaALLAH dengan kuasa Allah, markah pointer kita. Final akan menjadi less stress ah kot. haha. Tapi macam mana pun final tu still penting lah. Kalau course work tinggi, final kita abaikan, susah jugak.Setiap test mahupun quiz atau assignment akan berterusan. Week after week. So , jangan rasa stress sangat. Mula mula mungkin lah tapi lama lama inshaALLAH akan terbiasa.Sebab kalau stress pun tak ke mana lah dik. haa. Nak stress buat apa. Allah kan ada. gituw. So go with the flow and put all of your effort . husnudzon lah kepada ALLAH.


KEENAM : Silalah belajar untuk berdikari dan membuang sifat sifat tidak matang yang melampau dalam diri kita. memang lah just be yourself kan, tapi susah lah jugak kalau over sangat. we really need friends kot. at least a friend lah. jangan rasa boleh berdiri sendiri. sebab segalanyaaaa tak disediakan oleh lecturer. pandai pandai alert. that is why , friend is important. kalau kita tidak alert, mungkin kawan akan alert. YANG NI PENTING!!! sekiranya anda merasakan diri kita ni pandai, best student kat sekolah, popular, glamor, silalah tinggalkan perasaan tersebut.! kita sedang hidup dalam satu lembaran yang baru! move on lah dengan award best student ke apa. remember, asasi and spm , they are totally different!! jangan bodoh sombong. jangan rasa cukup hebat. yee..

KETUJUH: DAN ini  yang paling PENTING!! so aku bold kan lah. 
sila lah rajinkan diri untuk mencari mana mana ustazah atau ustaz yang mempunyai usrah untuk membimbing kita yang sedia sedia menyimpang kelaut ni. bukan apa, culture shock kan. takut jauh menyimpang, sekurang kurang aa yang membimbing . bukan lah berlagak kita nak tunjuk alim ke apa. cuma, yala, kita dan ALLAH je yang tahu niat tu kan so pedulikan apa kawan kawan nak kata bila kita cuba untuk menuju ke arah kebaikan . inshaALLAH. BENDA MACAM NI PALINGGGG PENTING TAU. sebab apa? sebab tak gunalah kita pandai cemerlang terbilang gemilang, tapi kita jauh dari yang memberi segalanya itu! inshaALLAH . USAHA TANGGA KEJAYAAN . macam gambar tangga kejayaan PALAM ni, kalau tak kuat keyakinan, kita mungkin tak dapat habiskan, dan bepatah balik, dan naik bas, . dalam bab agama, kalau kita tak kuat iman, mungkin kita boleh berpaling dan ambil jalan yang membahagiakan duniawi kita. 


nampak pendek eh> emm takpalah dik. datang dulu. rasa dulu. baru tau umphh dia cemana. 

Friday, 8 May 2015

ASASI SAINS UITM PUNCAK ALAM

Asalammualaikum buat pembaca budiman yang tentunya accidentally ter-google beberapa perkataan dalam title post kali ini dan ter-jumpa blog yang penuh kesepian ni. (Allah lah yang buat kalian tergoogle dan terjumpa tu) harapnya bermanfaat.

so should i call adik adik ke? tapi mungkin jugak mak pak adik adikpun google sekali kan. pakwe makwe adik adik ke. ok suka hati lah. blog haku.

Baru baru ni keputusan UPU dah pun keluar. buat yang berjaya menempatkan tempat dimana mana ipta yang korang mohon tu, tahniah, buat yang tidak , bersabarlah!rezeki ada di mana mana. ganjaran orang bersabar tu omakaii besar! Dan ingat setiap perancangan Allah itu hebat sangat sangat.

okay.

Sebagai salah seorang lepasan asasi UiTM Puncak Alam (ASASI SAINS) tak salah kiranya aku (read:akak,saya) berkongsi serba sedikit apa -apa yang inshaALLAH dapat membantu adik adik (read:korang) yang dapat melayakkan diri ke asasi di Puncak Alam.

Sebelum pertama, yang palinggg penting betuikan niat dan redha dengan ketentuan ALLAH, doa semoga dipermudahkan langkah kehidupan kita, dan lapangkan dada untuk satu kehidupan yang baru bermula!

PERTAMA:
 SIAPKAN dan LENGKAPKAN segala dokumen selengkapnya espescially surat aku janji KPM untuk duit biasiswa KPM tu. kalau tak lengkap, akan mendatangkan masalah dikemudian hari sperti duit biasiswa lambat diproses dan sebagainya. apa yang kalian kena lakukan? setem hasil tu beli di pejabat pos. dan matikan di pejabat hasil berdekatan dengan tempat tinggal korang. sahkan segala dokumen yang penting (seeloknya buat lah lebih dari yang dikehendaki. mana tau , ada apa apa masalah teknikal boleh lah guna yang lebih tu) sediakan payung sebelum hujan gitu.

KEDUA :
 Selesai bab sebelum mendaftar, sekarang tips untuk mendaftar pula. haa. tips ni amat berguna buat korang yang dapat sama-sama asasi di uitm puncak alam tu dengan sahabat baik korang atau orang yang korang kenal dan buat korang yang mungkin taknak ambil risiko tidur sebilik dengan orang yang baru korang kenal kan. jadinya, inshaALLAH kalau sistem pendaftaran kolej tak berubah, maka , tips ni akan menjadi tips yang berguna le hendaknya.

Semasa proses pendaftaran kolej akan ada beberapa kaunter yang disediakan. setiap kaunter melambangkan blok yang ada. kalau korang malas berjalan sila lah ke kaunter kolej (KHAS UNTUK PELAJAR PEREMPUAN LAH YE. SEBAB LELAKI MEMANG BLOK JAUH DARI TANGGA KEJAYAAN (read: tangga maut) . yela. korangkan obses nak sado. kalau perempuan yang obses nak kurus boleh lah pilih blok yang jauh jauh jugak.  ok sambung, ke kaunter kolej label RAFFLESIA 5 (R 5) , RAFFLESIA 6 (R 6) , RAFFLESIA 4 (R 4) tapi masa tahun aku daftar tu blok R4 ni terbuka untuk student diploma .ada beberapa je kot student asasi kat blok ni. selepas dah aim mana kaunter korang nak pergi ,terus beratur satu line dengan kengkawan korang. dah dapat kunci tu check dulu, kot kot korang lain ke rumah, boleh le kawtim dengan akak kaunter tu (ikut nasib a. kalau korang terror kawtim dapat lah.) harharhar. lepastu, selesai lah.

Korang akan tinggal didalam sebuah rumah yang indah lagi aman (okbai) . korang akan tinggal dalam rumah macam apartment. bukan dorm yang satu bilik berbelas orang tu lah. so setiap rumah ada ruang tamu , 4 bilik (satu bilik 2 orang) , 1 bilik air besar (dalamnya ada satu tandas cangkung, 1 bilik mandi, 1 bilik mandi beserta tandas duduk) , para (para tu macam emm korang google lah apa dia para tu ) untuk simpan baranagn mandian atau boleh le dibuat tempat memberus baju, rak kasut , ampaian dalam rumah (tapi tak cukuplah sebenarnya kongsi 8 orang, so dinasihatkan, deal lah dengan housemates siapa nak sponsor ampaian . banyak pahala hampa!) berkenaan iron pun deal deal lah. kalau rasa malas nak rebut bawa lah sendiri punya (nak tambah pahala boleh lah kongsi kongsi dgn housemates inshaALLAH) . macam aku dulu, electric kettle nak masak air, extension wire, iron , penyapu, mop, aku deal dengan roomate. so aku bawa electric kettle, ampaian kecik  letak kat dalam bilik dengan extension , dia bawa iron dan iron board, ampaian besar (leta kat liing hall) (yang akhirnya digunakan satu rumah) kahkah. penyapu dan mop pula kitorang beli untuk satu rumah. ala beli murah jeee. bukan rajin pun kan korang (read:aku) nak sapu dan mop selalu. dan yang lain lain settle lah sendiri . Kan  dah besar. Oh! ,Dekat setiap blok juga ada mesin basuh dekat level 1, ada water dispenser (coway) macam macam lah . selesai.

KETIGA
semasa minggu MDS, korang akan menjadi sebaik baik manusia. hahah. MDS ialah MINGGU DESTINI SISWA. bahasa mudah, orientasi. korang akan mengorientasikan diri korang untuk kemudahan hidup sebagai student kat sana di masa mendatang gituw. tak silap aku, masa MDS dulu,ketika hari urusan penyerahan surat aku janji duit KPM  korang kena pakai baju kurung putih dan kain hitam (perempuan) dan baju kemeja putih serta seluar hitam (lelaki), so sila lah sediakan siap siap. aku tak ejoy the MDS sangat pun, so malas nak cerita panjang. kahkah.

KEEMPAT :selesai hal hal pendaftaran , sekarang bercerita tentang hal hal akademik pula. inshaALLAH andai sistem nya masih sama, beginilah serba sedikit. okay. Setiap kelas akan ada 30++ students. kalau asasi sains ramai perempuan dan sikit lelaki. manakala, asasi engineering ramai lelaki sikit perempuan. (ketepikan niat nak cuci mata . ecewahhh). masa lecture, korang akan belajar dalam dewan kuliah yang menempatkan 5 kelas setiap dewan so korang akan berlajar bersama  kelas yang lain. tutorial pula dalam bilik kuliah atau bilik tutorial yang menempatkan kelas korang sahaja. lab pun sama, cuma masa lab dalam lab yang kelas korang sahja.

SUBJEK(asasi sains)

 MATH : 4 jam lecture, 2 jam tutorial
 FIZIK : 3 jam lecture , 2 jam tutorial , 2 jam lab
 CHEM: 3 jam lecture . 1 jam tutorial , 2 jam lab
 BIO : 3 jam lecture, 1 jam tutorial , 2 jam lab 
 ELC (english) : 4 jam lecture (dalam bilik kuliah/bilik tutorial)
CTU  (agama) : 2 jam lecture (dalam bilik kuliah /bilik tutorial) 

untuk engineering, hakak tak berapa pasti ah dik. pasal akak student sains.

okay. selesai part 1, akan bersambung part 2. ASAP! KIHKIH. macam ada je kan manusia baca.
okay moga bermanfaat. buat yang accidentally terbaca tanpa ada niat sekali pun.



PEMBUKAAN BAHARU

assalammualaikum guyss..

so, my third new blog.

tak ingat password blog lama (both of them) sebab dah lama tak buka.

atas beberapa tujuan, maka terhasil lah blog yang baharu ni. (dengan harapan tak lupa password)

InshaALLAH moga bermanfaat buat semua. (tak femes pun takda hal) ecewahh.

ayuh.