Wednesday, 19 August 2015

WHAT YOU NEED WHILE YOU ARE OUT?

Assalammualaikum. Selepas tidak menaip beberapa lama sebab laptop dirawat, maka hari ini aku kembali . Harini cuma nak share sikit lah beberapa perkara yang diperlukan terutamanya golongan wanita, masa kita berada diluar. Travel ke, jalan jalan ke etc.

WHAT YOU NEED WHILE YOU ARE OUT?

1) Telekung - walaupun kita tak stay mana mana dan hanya berhenti solat dekat masjid atau surau ketika dalam perjalanan, telekung ni is a must jugak lah . Betul, banyak surau dan masjid memang menyediakan telekung tapi! tak semua masjid dan surau ini menyediakan telekung yang bersih. Kadang tu berbau lah, ada tompok kotor macam-macam! Jadi, untuk keamaan dan keharmonian bersama rajin rajin kan lah bawa telekung sendiri!

2) Clean socks (thick)- khususnya buat wanita muslim. Kalau tak bawa telekung, bawa clean socks dan clean handsocks pun dah cukup tapi kena pastikan pakaian kita tu ialah  pakaian solat friendly. longgar, tidak jarang, menetup seluruh tubuh badan tanpa menampakkan sebarang bentuk badan! ha time cenggini kot malas nak bawa telekung silalah bawa stoking kaki dan tangan.

3)Pantie liner - ni juga amat perlu. sekiranya mengalami masalah keputihan, ha sebelum solat sila lah tukar!

4)Pad - kot kot emergency, kena siap siap bawa. takdalah meraba nak mencari.

5) Tissue

6)All the important basic stuffs. ex:HANDPHONE, WALLET etc

Saturday, 11 July 2015

BAKED ARABIC MACARONI

Assalammualaikum wbt. As my lil sis, nabilah tak puasa (due to her sakit ) so tahun ni, this ramadhan, aku berpeluanglah untuk siapkan makanan untuk dia for breakfast and lunch (she rarely eat for dinner pasai lunch dia lambat) . Disamping tu, haruslah kukuh ya iman aku ni. Bukan calang calang ni. So semalam, dia minta macaroni. kemain, siap nak chicken sekali. Jadi, disebabkan rajin sikit semalam, aku decided untuk buat baked macaroni dengan roasted chicken butter. fuh nama kemain kan. hiks. And one more thing, nabilah ni pula jenis yang tekak western sikit. Kalau makan nasi pun, lauk fav dia telur hancur atau sup kentang dengan telur atau ayam goreng, and recently, nasi arab. So western food ni senang je lah sebenarnya nak masak kalau bandingkan dengan masakan melayu yang banyak bahan dia. (one point there! lebih senang nak jaga dia sebenarnya! ) kahkah.

So, harini, aku nak shar lah kot sikit resepi nak buat baked arabic macaroni dengan roasted chicken butter (my style) kahkah. And aku tak letak cheese dalam arabic macaroni ni k. so lebih sihat la kot. hiks

BAKED ARABIC MACARONI

Bahan-bahan

Macaroni (kalau takda boleh je nak guna spaghetti/bowtie/dll)
Daun ketumbar
Olive oil (kalau takda guna minyak masak biasa pun okay. cuma takdalah rasa kezaitunan nanti)
1 biji Bawang Holland dipotong dadu(kalau takda, nak tukar guna bawang besar biasa pun okay)
1 atau 2 ulas Bawang putih dicincang halus
1 1/2 sudu Arabic spices (ni boss ibu dari Yaman bagi, kalau nak beli kat sini rasanya ada dijual dekat kedai runcit arab yang banyak kat Cyberjaya. Tak tau apa specific nama spice ni tapi mostly used dalam buat nasi arab)
Italian herbs (banyak jual kat supermarket)
Garam
5 batang Crab stick (sebenarnya guna daging cincang tapi sebab dalam fridge ada crab stick so iolls olah lah sikit. ni sebenarya boleh ikut suka kita jugak nak letak apa sebagai rencah tambahan dia gituw)
2 cawan Whipping cream (bergantung kuantiti macaroni yang digunakan)
Tepuk gandum
1 biji kentang (optional)
1 biji lada benggala dipotong dadu (optional, nak rasa lebih sedap, sila letak)
1 biji tomato dipotong dadu (optional.nak rasa lebih sedap ,letak lah)

Cara-cara
*Rebus macaroni dulu ah eh
1. Panaskan minyak . Masukkan bawang putih, bawang merah. Tunggu naik bau.
2. Masukkan crab stick / rencah pilihan.
3. Masukkan Arabic spices + italian herbs . Tunggu sampai naik bau
4. Masukkan lada benggala bila dah layu sikit masukkan tomato.
5. Daun ketumbar
6. Garam secukup rasa. Kalau tambah balck pepper pun cool gak.
7. Dah sebati hampa gui, masukkan pula whipping cream .Gui lagi (gaul)
8. Masukkan macaroni, gaul sampai smua nya tersalut.
9. Tuang lah dalam dulang pembakar. Gaulkan tepung dengan air sikit, Tuang keatas macaroni yang dah dituang dalam dulang pembakar tu.
10. Susun kentang atas macaroni . tabuq daun ketumbar lebih tadi.
11. Masukkan dalam oven , Haa hampa tunggu lah.

Masa nak siapkan makanan ni dalam 30 minit je dari persiapa sampai ke dalam oven. dah masuk dalam oven unggu lah dala 15 minit gitu dah siap!

Ni ceq bagi lah gambaq nya .




ROASTED BUTTER CHICKEN (ni aku bagi nama sendiri)

Bahan-bahan

Ayam (aku guna peha sebab nabilah suka makan peha ayam je)
Butter
Daun ketumbar
Italian herbs
Daun rosemary (kalau ada)
Blackpepper 
Garam 
Olive oil

Cara-cara 
1. Gaulkan ayam dengan blackpepper+garam+italian herbs (perapkan selama 30 minit hingga sejam)
2. Panaskankuali, letak sikit minyak , cairkan butter. (minyak tu untuk buat butter lambat hangit ya anak anak) 
3. Masukkan Daun ketumbar, daun rosemary , 
4. Masukkan ayam (nak bagi kulit dia perang perang gitu )
5. Masukkan dalam oven . 
*kalau korang nak lebih sihat, ayam tu taknak ada kulit, boleh la buang kulit, tapi bila masuk oven nak kekalkan kelembapan tu, letak sekali satu mangkuk air  dalam oven . 







SELAMAT MENCUBA!!!!




Thursday, 9 July 2015

BIMBANG

Assalammualaikum

Harini, keadaan negara agak membimbangkan. Sedar atau tidak, sebenarnya keadaan keseluruhan yang agak membimbangkan ini hadir dari setiap individu dalam negara ni. Maksud saya, diri kita sendiri, kerana setiap dari kita ada peranan masing masing.

Dalam keadaan negara yang membimbangkan, rilek je merempit. Rilek je buang anak, kerat anak. Rilek je frust menonggeng pasal putus cinta. Rilek je semua. Disebabkan sikap rilek dan malas ambil tahu sesetengah dari kita ni mencerminkan bagaimana hodohnya akhlak kita.
Dugaan ini diturunkan kepada kita, untuk melihat sejauh mana kuatnya pautan kita terhadap ALLAH SWT. Jadi, apa tunggu lagi?

Berhenti tunding jari. Sekali tunding berapa pula yang tertunding dekat kita kan?
Kembali lekas pada ALLAH SWT! Dialah yang menduga kita, maka kepada dialah tempat kita minta pertolongan. Pada dialah tempat kita berpaut. Pada Dialah tempat kita mohon agar kebenaran dibongkar, kesulitan dipermudah, kebimbangan disurutkan, keharmonian dimekarkan.

Jika setiap dari kita berdoa, besar kemungkinan ada antara kita doanya dimakbulkan.
Bukan tak boleh enjoy dengan personal life. Cuma, kenalah berpada.
Jangan jadi buta dan tuli.


Thursday, 2 July 2015

RAMADHAN

Ramadhan

Ramadhan
Munculnya bulan penuh keistimewaan,
Datangnya membuka sebuah lembaran,
Hadirnya memberi harapan,
Mengetuk hati setiap insan yang punya iman,
Membangkitkan semangat keazaman,
Namun, Ramadhan,
Adakah hadirmu kali ini,
Memberi seribu erti?
Tatkala masih ada yag berpeleseran,
Hidup seolah tidak bertuhan,
Menjadi hamba tanpa iman,
Lebih dasyat dari syaitan.

Saat syaitan dirantai,
Kini manusia boleh dinilai,
Apa manusia atau syaitan menjadi dalangnya kejahatan,
Namun, terbukti,
Tanpa syaitan, manusia tetap lalai,
Kala Ramadhan menjelma,
Manusia seperti syaitan,
Entah mana larinya iman,
Layaknya mereka yang dirantai!


Ampunkan kami Ya Tuhan.
Hamba yang lupa daratan.



OKU

Blessing from ALLAH to my family. My lil sister. :)




Assalammualaikum. Di malam yang penuh bahang tapi tetap indah ini, tetiba pula terasa nak kongsi tentang isu yang lain sikit lah. Pasai OKU. Orang Kelainan Upaya  which previously called as Orang Kurang Upaya. This topic popped out of my mind after I read about this little girl that was violently abused by her own biological 'father'  and step-'mother' (they don't deserve to be called as father and mother at all). Actually, i've been reading about lots of crazy dad or mom or 'nanny' that violently abused the kids, which for me is a very serious issue. Most of the kids are normal and a very little count as OKU. I am very grateful as I still have my nenek and atok ( mom's side) that are responsible in taking care most of their grandchild including my lil sister (12 y/o) who is an OKU. Because of that, my parents takyah susah susah nak risau hantar dekat pengasuh ke apa, because its not easy hokey untuk jaga an OKU. Anak yang normal pun kena dera inikan OKU ye ke tidak para pengasuh yang tidak berhati perut . To those pengasuh yang sangat lah baik hati and sabar (i've met some) Tahniah! dan Alhamdulillah! you guys are great!

Back to my sistah. She's not that kind of OKU which terbaring je or duduk kat kerusi roda je or whateverlah yang terlintas. At first sight, nampak dia like a very nomal person lah. Tapi, bila tengok betul betul, you will know that ada something wrong somewhere with her. But, honestly , i am very proud to have her as my lil sister. When she was born normal, I was only 7 and my brother was only 4/5. After 6 months, she had a sudden attack called epilepsy or fits, and berterusan day by day till my parent need to ulang alik hospital and rumah hospital and rumah . But, as a 7 y/o kid, I dont really care bout that. I knew that my lil sis is sick , but only that. I don't know how hard to handle her, to have the responsibility taking care of her , things like that. She grew up like a normal kids i mean physically  the same. She start to walk, start to talk a lil bit, untill I reached 9 , dia about to reach 3. Macam biasa, budak budak baru dapat kaki, they will walk all the way at every inch and corner of the house. God! That was so irritating! As my lil sis ni need to take (if im not mistaken) about 4 types of medicine and one of them ( i think the red one) caused her to be super hyperactive. Like seriously hyperactive! You cant even imagined how penat kitorang ni kena ikut dia kehulu kehilir , everywhere she 'have a walk' sebab takut yang dia boleh kena epilepsy (sawan) tiba tiba , and terjatuh which is of course sangat lah bahaya. Honestly, sangat exhausted.

When I was  13, I managed to continue my high school to King George V and when I was 16, i went to MRSM JB . 5 tahun duduk asrama, jauh dari rumah, habis SPM got 5 months of holiday.masa tu lah baru truly terasa tanggungjawab untuk jaga adik sebab i decided to take the responsibility and give my grandparents 5 months of holiday too. hiks. . Masa awal awal, i really need to suit my self with that new situation. IT IS NOT EASY AT ALL.  5 months, i learnt a lot of things about her. we get so close. sampai masuk Puncak Alam pun , aku homesick sebab dia! haha. disebabkan umur dia pun dah menginjak 11 tahun (last yr ) and this yr , 12 , so dia takdalah hyper macam dulu. Much more easy lah nak jaga bila dah biasa. Sediakan breakfast, mandikan dia,  masak tengah hari, bagi makan ubat (4 times a day) and melayan segala karenah dia. But, im happy with that. Seriously memang lah penat. As my so called 'maid' quit, so basically, i've to do lots of chores through out the holidayy. Kadang kadang about 3 times per day, nak hilangkan boring nbilah, i'll do some activites for her. So , walaupun dia jarang pergi sekolah (sekolah khas) at least ada lah benda yang dia belajar jugak bila duduk rumah.


Fuhh. macam panjang je membebel kan. Okay. Menjaga seorang yang OKU, tak kira lah dia kanak kanak ke dewasa ke atau tahap umur dia macam mana pun, perkara yang paling penting  sekali yang kena ada ialah, :


1: KESABARAN
Kesabaran yang sangat tinggi. (Kadang kadang , aku sendiri pun sangat susah nak kawal kesabaran tu for certain thing) . Kalau tak sabar, takda apa pun yang akan berhasil. Tak da kerja yang kita boleh buat. Kesabaran bila kita kena mandikan, masakkan , sometime kena suap, layan itu ini, not that easy.

2: TIMING
Timing penting lah. Sebab selain nak jaga, banyak jugak benda lain kena buat. And then, waktu makan ubat semua kena ingat . Jangan terskip ke  apa. Kalau tak, niaya je!

3: PEKA
Peka lah dengan orang yang kita jaga tu. Peka dengan setiap apa yang dilakukan, lebih lebih lagi bila depa ni terdedah dengan benda benda tajam.


OKU, depa ni special. Dalam kes adik aku, aku rasa dia sangat bertuah. Dia tak payah susah payah fikir hal hal dunia yang kita fikir ni. Dia dalam dunia dia, sendiri. Ada sorang ustadz ni pernah cakap, "Adik awak ni ahli syurga, suci dimata ALLAH, jaga adik awak elok elok niat untuk buat kerana ALLAH SWT. inshaALLAH ganjaran syurga buat awak dan keluarga" aminnn ya rabb. Setiap kali sebelum tidur, aku selalu cakap dengan nabilah , adik masuk syurga, panggil along sekali tau. and she will answer, "mestilah . along kan jaga adik . adik nak along jaga adik lagi" . And that made me feel special , terharu. :') Apapun, OKU are just the same like us. Its just that they have different ability than the normal person. They are special. With our ability, take a good care of them if we have the chance to do so. Spread the love gais!.

Wednesday, 24 June 2015

Couple

Assalammualaikum buat seluruh muslimin dan muslimat. Buat pembaca yang sudi terbaca.

Harini ada seseorang bertanya macamman nak move on dan kurangkan kasih sayang cinta rindu dekat seseorang tersebut (ajnabi lah maksudnya ni: seseorang asing yang berlainan jantina dengan kita). Sebelum aku menyambung cerita ni dengan fikiran korang yang mungkin anggap aku ni baikkk sangat, aku nak habaq lah awai awai, aku ni manusia dan pernah buat silap! Tak perlu lah nak hurai silap apa, pasal ALLAH duk jaga aib aku, takkan aku senang hati nak ceghita aib aku sendiri pulak. Eh, cam pelikkan. k, Aku sambung lah.


Sebagai seorang yang masih lagi baru dalam langkah keluar dari kejahilan, aku dapat share kan tips yang sikit-sikit je lah. Risau lah terlebih cakap, terbanyak pula salah faham . Baiklah. Masalah cinta ni bukan remaja je lah yang banyak menghadapinya, bahkan setiap lapisan umur yang dalam mood cinta pada manusia. Tapi dalam konteks pencintaan remaja ni, memang menjadi satu masalah lah buat kita, sebagai remaja! Dalam fasa nak cuba macam macam, , dalam fasa hendak mencurahkan kasih sayang serta melunaskan fitrah cinta dan rindu terhadap seseorang maka kita (yang tidak kuat iman bahkan yang kuat iman pun) akan tergelongsor ke dalam lumpur lumpur cinta yang tak pasti ni.


Cinta sungguh sungguh melampau terhadap manusia ini amat bahaya! Bahaya pasai apa? Pasai dalam kita tak sedar takut takut, ALLAH jatuh nombor dua, tiga atau.... takda langsung. Nauzubillah! Walau mulut kata ALLAH nomboq SATU! tapi dalam hati, lain pula yang nomboq satunya! Maka apa guna bicara kita ? Kalau betul ALLAH nombor satu, khusyuk mana solat kita? pernah atau mudah kita menangis kerana ALLAH SWT? kalau kecewa, redhakah kita dengan takdir tersebut? JAWAB.. JAWAB!  Jangan tipu!
Sedar dan pujuk lah hati kita, tanya hati dan iman kita yang senipis kulit bawang itu, apa cinta ALLAH atau cinta manusia yang menjamin kita ke syurga yang subhanallah , indah buat mereka yang melawan nafsu dan syaitan dengan gagah!


Jadi? bagaimana nak melawan kehendak cinta yang kesesatan ini? Tak lain tak bukan dengan menjaga solat! Ini yang dikatakan oleh salah seorang guru saya. Solat itu lah menjadi tiang dalam agama. Jaga solat, inshaALLAH, akan terjaga benda yang lainnya. Satu kejadian yang menimpa saya telah menjadi wake up call atas takdir ALLAH. Alhamdulillah, segala yang berlaku ada hikmahnya! Sekarang saya cuma berharap supaya ALLAH kukuhkan iman saya yang boleh runtuh dibadai ombak kalau tak kuat. Menjadi seorang yang jahil dulunya, membuka hati saya untuk terus mencari apa yang sebenarnya hilang! Berbalik kepada jaga solat. menjaga solat bukan sekadar solat 5 waktu penuh , tapi tak masuk dalam jiwa kita. Solat kosong-kosong gitu. Akibatnya, solat bukan kenikmatan tetapi dah jadi beban. Memang sangaaat sukar nak mendapat khusyuk buat kita yang memang acap kali terhimpit dengan maksiat ni. Tetapi sekurang kurang sekali kita mampu menangis dalam solat, ALLAHUAKBAR , terasa nikmatnya.. Selepas tu,bila dah rasa nikmat mesti kita akan berusaha dan berusaha lagi untuk dapat nikmat tu! Macam bulan puasa lah, minat sangat nak makan tau fu fa. tiap kali buka puasa, mesti nak makanan tu, sampai kalau bazaar yg dekat takda, kita sanggup cari dekat bazaar yang lain pula! sebab apa? sebab terasa nikmattnya .

Solat bukan satu perkara yang boleh main-main. Sebagai seorang manusia biasa, saya akui kekadang tu memang kita akan lekas sangat terkhayal dalam solat. Tapi, bila dah lekas terkhayal tu perlulah dilekaskan istighfar bebanyak. lindungi diri dari syaitan dan nafsu khayalan kita tu. Mengikut apa yang disorkan oleh guru saya yang saya panggil abi tu. dalam solat, paling tidak pun fahami lah alfatihah kerana dalam setiap ayat al fatihah itu dah merangkumi secara seluruhnya kasih-sayang dan cinta Allah terhadap kita. Bacaan ayat "arrahmaanirrahim" yang bermaksud yang maha pemurah lagi maha penyayang , bayangkan betapa banyaknya rahmat ALLAH SWT dan betapa sikitnya kita bersyukur. Betapa besarnya dosa kita? Allahuakbar. InshaALLAH adalah kemanisan solat tu.

Anyway, manusia bukan teman buat selamanya. Jangan diganti yang kekal setia bersama kita hingga ke syurga selama lamanya dengan yang sementara...

Dosa besar mana pun kita sebelum ini, pandanglah terus ke hadapan. Bersama usaha dan doa serta terus istiqamah dan tawakal untuk berubah.

p/s: buat mereka yang terus menghakimi masa silam. biaq pi lah depa. depa paling suka subjek sejarah.


Thursday, 18 June 2015

PUISI :SISA

SISA

Anjing kurap
Siapa?
Yang dijunjung atau yang dipijak?
Yang tidak membantu atau yang perlu dibantu?

Hijau pandangan dirampas, 
Sejuk cuaca dibiar panas, 
Dihebah bicara kononnya bernas, 
Disangkal bicara dibiar hampas.

Jangan biar guruh berdentum,
Kilat menyambar, 
Baru terkial baiki segala, 
Kerna, saat guruh berdentum, 
Alam gegak gempita, 
Saat petir menyambar, 
Rentung sudah segalanya,
Saat baru terkial, 
Hanya sisa yang tinggal.

-18/6/2015
10:43 pm


P/S: sekadar coretan kata atas fenomena dunia hari ini. nazak.