Thursday, 9 July 2015

BIMBANG

Assalammualaikum

Harini, keadaan negara agak membimbangkan. Sedar atau tidak, sebenarnya keadaan keseluruhan yang agak membimbangkan ini hadir dari setiap individu dalam negara ni. Maksud saya, diri kita sendiri, kerana setiap dari kita ada peranan masing masing.

Dalam keadaan negara yang membimbangkan, rilek je merempit. Rilek je buang anak, kerat anak. Rilek je frust menonggeng pasal putus cinta. Rilek je semua. Disebabkan sikap rilek dan malas ambil tahu sesetengah dari kita ni mencerminkan bagaimana hodohnya akhlak kita.
Dugaan ini diturunkan kepada kita, untuk melihat sejauh mana kuatnya pautan kita terhadap ALLAH SWT. Jadi, apa tunggu lagi?

Berhenti tunding jari. Sekali tunding berapa pula yang tertunding dekat kita kan?
Kembali lekas pada ALLAH SWT! Dialah yang menduga kita, maka kepada dialah tempat kita minta pertolongan. Pada dialah tempat kita berpaut. Pada Dialah tempat kita mohon agar kebenaran dibongkar, kesulitan dipermudah, kebimbangan disurutkan, keharmonian dimekarkan.

Jika setiap dari kita berdoa, besar kemungkinan ada antara kita doanya dimakbulkan.
Bukan tak boleh enjoy dengan personal life. Cuma, kenalah berpada.
Jangan jadi buta dan tuli.


No comments:

Post a Comment