Saturday, 11 July 2015

BAKED ARABIC MACARONI

Assalammualaikum wbt. As my lil sis, nabilah tak puasa (due to her sakit ) so tahun ni, this ramadhan, aku berpeluanglah untuk siapkan makanan untuk dia for breakfast and lunch (she rarely eat for dinner pasai lunch dia lambat) . Disamping tu, haruslah kukuh ya iman aku ni. Bukan calang calang ni. So semalam, dia minta macaroni. kemain, siap nak chicken sekali. Jadi, disebabkan rajin sikit semalam, aku decided untuk buat baked macaroni dengan roasted chicken butter. fuh nama kemain kan. hiks. And one more thing, nabilah ni pula jenis yang tekak western sikit. Kalau makan nasi pun, lauk fav dia telur hancur atau sup kentang dengan telur atau ayam goreng, and recently, nasi arab. So western food ni senang je lah sebenarnya nak masak kalau bandingkan dengan masakan melayu yang banyak bahan dia. (one point there! lebih senang nak jaga dia sebenarnya! ) kahkah.

So, harini, aku nak shar lah kot sikit resepi nak buat baked arabic macaroni dengan roasted chicken butter (my style) kahkah. And aku tak letak cheese dalam arabic macaroni ni k. so lebih sihat la kot. hiks

BAKED ARABIC MACARONI

Bahan-bahan

Macaroni (kalau takda boleh je nak guna spaghetti/bowtie/dll)
Daun ketumbar
Olive oil (kalau takda guna minyak masak biasa pun okay. cuma takdalah rasa kezaitunan nanti)
1 biji Bawang Holland dipotong dadu(kalau takda, nak tukar guna bawang besar biasa pun okay)
1 atau 2 ulas Bawang putih dicincang halus
1 1/2 sudu Arabic spices (ni boss ibu dari Yaman bagi, kalau nak beli kat sini rasanya ada dijual dekat kedai runcit arab yang banyak kat Cyberjaya. Tak tau apa specific nama spice ni tapi mostly used dalam buat nasi arab)
Italian herbs (banyak jual kat supermarket)
Garam
5 batang Crab stick (sebenarnya guna daging cincang tapi sebab dalam fridge ada crab stick so iolls olah lah sikit. ni sebenarya boleh ikut suka kita jugak nak letak apa sebagai rencah tambahan dia gituw)
2 cawan Whipping cream (bergantung kuantiti macaroni yang digunakan)
Tepuk gandum
1 biji kentang (optional)
1 biji lada benggala dipotong dadu (optional, nak rasa lebih sedap, sila letak)
1 biji tomato dipotong dadu (optional.nak rasa lebih sedap ,letak lah)

Cara-cara
*Rebus macaroni dulu ah eh
1. Panaskan minyak . Masukkan bawang putih, bawang merah. Tunggu naik bau.
2. Masukkan crab stick / rencah pilihan.
3. Masukkan Arabic spices + italian herbs . Tunggu sampai naik bau
4. Masukkan lada benggala bila dah layu sikit masukkan tomato.
5. Daun ketumbar
6. Garam secukup rasa. Kalau tambah balck pepper pun cool gak.
7. Dah sebati hampa gui, masukkan pula whipping cream .Gui lagi (gaul)
8. Masukkan macaroni, gaul sampai smua nya tersalut.
9. Tuang lah dalam dulang pembakar. Gaulkan tepung dengan air sikit, Tuang keatas macaroni yang dah dituang dalam dulang pembakar tu.
10. Susun kentang atas macaroni . tabuq daun ketumbar lebih tadi.
11. Masukkan dalam oven , Haa hampa tunggu lah.

Masa nak siapkan makanan ni dalam 30 minit je dari persiapa sampai ke dalam oven. dah masuk dalam oven unggu lah dala 15 minit gitu dah siap!

Ni ceq bagi lah gambaq nya .




ROASTED BUTTER CHICKEN (ni aku bagi nama sendiri)

Bahan-bahan

Ayam (aku guna peha sebab nabilah suka makan peha ayam je)
Butter
Daun ketumbar
Italian herbs
Daun rosemary (kalau ada)
Blackpepper 
Garam 
Olive oil

Cara-cara 
1. Gaulkan ayam dengan blackpepper+garam+italian herbs (perapkan selama 30 minit hingga sejam)
2. Panaskankuali, letak sikit minyak , cairkan butter. (minyak tu untuk buat butter lambat hangit ya anak anak) 
3. Masukkan Daun ketumbar, daun rosemary , 
4. Masukkan ayam (nak bagi kulit dia perang perang gitu )
5. Masukkan dalam oven . 
*kalau korang nak lebih sihat, ayam tu taknak ada kulit, boleh la buang kulit, tapi bila masuk oven nak kekalkan kelembapan tu, letak sekali satu mangkuk air  dalam oven . 







SELAMAT MENCUBA!!!!




Thursday, 9 July 2015

BIMBANG

Assalammualaikum

Harini, keadaan negara agak membimbangkan. Sedar atau tidak, sebenarnya keadaan keseluruhan yang agak membimbangkan ini hadir dari setiap individu dalam negara ni. Maksud saya, diri kita sendiri, kerana setiap dari kita ada peranan masing masing.

Dalam keadaan negara yang membimbangkan, rilek je merempit. Rilek je buang anak, kerat anak. Rilek je frust menonggeng pasal putus cinta. Rilek je semua. Disebabkan sikap rilek dan malas ambil tahu sesetengah dari kita ni mencerminkan bagaimana hodohnya akhlak kita.
Dugaan ini diturunkan kepada kita, untuk melihat sejauh mana kuatnya pautan kita terhadap ALLAH SWT. Jadi, apa tunggu lagi?

Berhenti tunding jari. Sekali tunding berapa pula yang tertunding dekat kita kan?
Kembali lekas pada ALLAH SWT! Dialah yang menduga kita, maka kepada dialah tempat kita minta pertolongan. Pada dialah tempat kita berpaut. Pada Dialah tempat kita mohon agar kebenaran dibongkar, kesulitan dipermudah, kebimbangan disurutkan, keharmonian dimekarkan.

Jika setiap dari kita berdoa, besar kemungkinan ada antara kita doanya dimakbulkan.
Bukan tak boleh enjoy dengan personal life. Cuma, kenalah berpada.
Jangan jadi buta dan tuli.


Thursday, 2 July 2015

RAMADHAN

Ramadhan

Ramadhan
Munculnya bulan penuh keistimewaan,
Datangnya membuka sebuah lembaran,
Hadirnya memberi harapan,
Mengetuk hati setiap insan yang punya iman,
Membangkitkan semangat keazaman,
Namun, Ramadhan,
Adakah hadirmu kali ini,
Memberi seribu erti?
Tatkala masih ada yag berpeleseran,
Hidup seolah tidak bertuhan,
Menjadi hamba tanpa iman,
Lebih dasyat dari syaitan.

Saat syaitan dirantai,
Kini manusia boleh dinilai,
Apa manusia atau syaitan menjadi dalangnya kejahatan,
Namun, terbukti,
Tanpa syaitan, manusia tetap lalai,
Kala Ramadhan menjelma,
Manusia seperti syaitan,
Entah mana larinya iman,
Layaknya mereka yang dirantai!


Ampunkan kami Ya Tuhan.
Hamba yang lupa daratan.



OKU

Blessing from ALLAH to my family. My lil sister. :)




Assalammualaikum. Di malam yang penuh bahang tapi tetap indah ini, tetiba pula terasa nak kongsi tentang isu yang lain sikit lah. Pasai OKU. Orang Kelainan Upaya  which previously called as Orang Kurang Upaya. This topic popped out of my mind after I read about this little girl that was violently abused by her own biological 'father'  and step-'mother' (they don't deserve to be called as father and mother at all). Actually, i've been reading about lots of crazy dad or mom or 'nanny' that violently abused the kids, which for me is a very serious issue. Most of the kids are normal and a very little count as OKU. I am very grateful as I still have my nenek and atok ( mom's side) that are responsible in taking care most of their grandchild including my lil sister (12 y/o) who is an OKU. Because of that, my parents takyah susah susah nak risau hantar dekat pengasuh ke apa, because its not easy hokey untuk jaga an OKU. Anak yang normal pun kena dera inikan OKU ye ke tidak para pengasuh yang tidak berhati perut . To those pengasuh yang sangat lah baik hati and sabar (i've met some) Tahniah! dan Alhamdulillah! you guys are great!

Back to my sistah. She's not that kind of OKU which terbaring je or duduk kat kerusi roda je or whateverlah yang terlintas. At first sight, nampak dia like a very nomal person lah. Tapi, bila tengok betul betul, you will know that ada something wrong somewhere with her. But, honestly , i am very proud to have her as my lil sister. When she was born normal, I was only 7 and my brother was only 4/5. After 6 months, she had a sudden attack called epilepsy or fits, and berterusan day by day till my parent need to ulang alik hospital and rumah hospital and rumah . But, as a 7 y/o kid, I dont really care bout that. I knew that my lil sis is sick , but only that. I don't know how hard to handle her, to have the responsibility taking care of her , things like that. She grew up like a normal kids i mean physically  the same. She start to walk, start to talk a lil bit, untill I reached 9 , dia about to reach 3. Macam biasa, budak budak baru dapat kaki, they will walk all the way at every inch and corner of the house. God! That was so irritating! As my lil sis ni need to take (if im not mistaken) about 4 types of medicine and one of them ( i think the red one) caused her to be super hyperactive. Like seriously hyperactive! You cant even imagined how penat kitorang ni kena ikut dia kehulu kehilir , everywhere she 'have a walk' sebab takut yang dia boleh kena epilepsy (sawan) tiba tiba , and terjatuh which is of course sangat lah bahaya. Honestly, sangat exhausted.

When I was  13, I managed to continue my high school to King George V and when I was 16, i went to MRSM JB . 5 tahun duduk asrama, jauh dari rumah, habis SPM got 5 months of holiday.masa tu lah baru truly terasa tanggungjawab untuk jaga adik sebab i decided to take the responsibility and give my grandparents 5 months of holiday too. hiks. . Masa awal awal, i really need to suit my self with that new situation. IT IS NOT EASY AT ALL.  5 months, i learnt a lot of things about her. we get so close. sampai masuk Puncak Alam pun , aku homesick sebab dia! haha. disebabkan umur dia pun dah menginjak 11 tahun (last yr ) and this yr , 12 , so dia takdalah hyper macam dulu. Much more easy lah nak jaga bila dah biasa. Sediakan breakfast, mandikan dia,  masak tengah hari, bagi makan ubat (4 times a day) and melayan segala karenah dia. But, im happy with that. Seriously memang lah penat. As my so called 'maid' quit, so basically, i've to do lots of chores through out the holidayy. Kadang kadang about 3 times per day, nak hilangkan boring nbilah, i'll do some activites for her. So , walaupun dia jarang pergi sekolah (sekolah khas) at least ada lah benda yang dia belajar jugak bila duduk rumah.


Fuhh. macam panjang je membebel kan. Okay. Menjaga seorang yang OKU, tak kira lah dia kanak kanak ke dewasa ke atau tahap umur dia macam mana pun, perkara yang paling penting  sekali yang kena ada ialah, :


1: KESABARAN
Kesabaran yang sangat tinggi. (Kadang kadang , aku sendiri pun sangat susah nak kawal kesabaran tu for certain thing) . Kalau tak sabar, takda apa pun yang akan berhasil. Tak da kerja yang kita boleh buat. Kesabaran bila kita kena mandikan, masakkan , sometime kena suap, layan itu ini, not that easy.

2: TIMING
Timing penting lah. Sebab selain nak jaga, banyak jugak benda lain kena buat. And then, waktu makan ubat semua kena ingat . Jangan terskip ke  apa. Kalau tak, niaya je!

3: PEKA
Peka lah dengan orang yang kita jaga tu. Peka dengan setiap apa yang dilakukan, lebih lebih lagi bila depa ni terdedah dengan benda benda tajam.


OKU, depa ni special. Dalam kes adik aku, aku rasa dia sangat bertuah. Dia tak payah susah payah fikir hal hal dunia yang kita fikir ni. Dia dalam dunia dia, sendiri. Ada sorang ustadz ni pernah cakap, "Adik awak ni ahli syurga, suci dimata ALLAH, jaga adik awak elok elok niat untuk buat kerana ALLAH SWT. inshaALLAH ganjaran syurga buat awak dan keluarga" aminnn ya rabb. Setiap kali sebelum tidur, aku selalu cakap dengan nabilah , adik masuk syurga, panggil along sekali tau. and she will answer, "mestilah . along kan jaga adik . adik nak along jaga adik lagi" . And that made me feel special , terharu. :') Apapun, OKU are just the same like us. Its just that they have different ability than the normal person. They are special. With our ability, take a good care of them if we have the chance to do so. Spread the love gais!.

Wednesday, 24 June 2015

Couple

Assalammualaikum buat seluruh muslimin dan muslimat. Buat pembaca yang sudi terbaca.

Harini ada seseorang bertanya macamman nak move on dan kurangkan kasih sayang cinta rindu dekat seseorang tersebut (ajnabi lah maksudnya ni: seseorang asing yang berlainan jantina dengan kita). Sebelum aku menyambung cerita ni dengan fikiran korang yang mungkin anggap aku ni baikkk sangat, aku nak habaq lah awai awai, aku ni manusia dan pernah buat silap! Tak perlu lah nak hurai silap apa, pasal ALLAH duk jaga aib aku, takkan aku senang hati nak ceghita aib aku sendiri pulak. Eh, cam pelikkan. k, Aku sambung lah.


Sebagai seorang yang masih lagi baru dalam langkah keluar dari kejahilan, aku dapat share kan tips yang sikit-sikit je lah. Risau lah terlebih cakap, terbanyak pula salah faham . Baiklah. Masalah cinta ni bukan remaja je lah yang banyak menghadapinya, bahkan setiap lapisan umur yang dalam mood cinta pada manusia. Tapi dalam konteks pencintaan remaja ni, memang menjadi satu masalah lah buat kita, sebagai remaja! Dalam fasa nak cuba macam macam, , dalam fasa hendak mencurahkan kasih sayang serta melunaskan fitrah cinta dan rindu terhadap seseorang maka kita (yang tidak kuat iman bahkan yang kuat iman pun) akan tergelongsor ke dalam lumpur lumpur cinta yang tak pasti ni.


Cinta sungguh sungguh melampau terhadap manusia ini amat bahaya! Bahaya pasai apa? Pasai dalam kita tak sedar takut takut, ALLAH jatuh nombor dua, tiga atau.... takda langsung. Nauzubillah! Walau mulut kata ALLAH nomboq SATU! tapi dalam hati, lain pula yang nomboq satunya! Maka apa guna bicara kita ? Kalau betul ALLAH nombor satu, khusyuk mana solat kita? pernah atau mudah kita menangis kerana ALLAH SWT? kalau kecewa, redhakah kita dengan takdir tersebut? JAWAB.. JAWAB!  Jangan tipu!
Sedar dan pujuk lah hati kita, tanya hati dan iman kita yang senipis kulit bawang itu, apa cinta ALLAH atau cinta manusia yang menjamin kita ke syurga yang subhanallah , indah buat mereka yang melawan nafsu dan syaitan dengan gagah!


Jadi? bagaimana nak melawan kehendak cinta yang kesesatan ini? Tak lain tak bukan dengan menjaga solat! Ini yang dikatakan oleh salah seorang guru saya. Solat itu lah menjadi tiang dalam agama. Jaga solat, inshaALLAH, akan terjaga benda yang lainnya. Satu kejadian yang menimpa saya telah menjadi wake up call atas takdir ALLAH. Alhamdulillah, segala yang berlaku ada hikmahnya! Sekarang saya cuma berharap supaya ALLAH kukuhkan iman saya yang boleh runtuh dibadai ombak kalau tak kuat. Menjadi seorang yang jahil dulunya, membuka hati saya untuk terus mencari apa yang sebenarnya hilang! Berbalik kepada jaga solat. menjaga solat bukan sekadar solat 5 waktu penuh , tapi tak masuk dalam jiwa kita. Solat kosong-kosong gitu. Akibatnya, solat bukan kenikmatan tetapi dah jadi beban. Memang sangaaat sukar nak mendapat khusyuk buat kita yang memang acap kali terhimpit dengan maksiat ni. Tetapi sekurang kurang sekali kita mampu menangis dalam solat, ALLAHUAKBAR , terasa nikmatnya.. Selepas tu,bila dah rasa nikmat mesti kita akan berusaha dan berusaha lagi untuk dapat nikmat tu! Macam bulan puasa lah, minat sangat nak makan tau fu fa. tiap kali buka puasa, mesti nak makanan tu, sampai kalau bazaar yg dekat takda, kita sanggup cari dekat bazaar yang lain pula! sebab apa? sebab terasa nikmattnya .

Solat bukan satu perkara yang boleh main-main. Sebagai seorang manusia biasa, saya akui kekadang tu memang kita akan lekas sangat terkhayal dalam solat. Tapi, bila dah lekas terkhayal tu perlulah dilekaskan istighfar bebanyak. lindungi diri dari syaitan dan nafsu khayalan kita tu. Mengikut apa yang disorkan oleh guru saya yang saya panggil abi tu. dalam solat, paling tidak pun fahami lah alfatihah kerana dalam setiap ayat al fatihah itu dah merangkumi secara seluruhnya kasih-sayang dan cinta Allah terhadap kita. Bacaan ayat "arrahmaanirrahim" yang bermaksud yang maha pemurah lagi maha penyayang , bayangkan betapa banyaknya rahmat ALLAH SWT dan betapa sikitnya kita bersyukur. Betapa besarnya dosa kita? Allahuakbar. InshaALLAH adalah kemanisan solat tu.

Anyway, manusia bukan teman buat selamanya. Jangan diganti yang kekal setia bersama kita hingga ke syurga selama lamanya dengan yang sementara...

Dosa besar mana pun kita sebelum ini, pandanglah terus ke hadapan. Bersama usaha dan doa serta terus istiqamah dan tawakal untuk berubah.

p/s: buat mereka yang terus menghakimi masa silam. biaq pi lah depa. depa paling suka subjek sejarah.


Thursday, 18 June 2015

PUISI :SISA

SISA

Anjing kurap
Siapa?
Yang dijunjung atau yang dipijak?
Yang tidak membantu atau yang perlu dibantu?

Hijau pandangan dirampas, 
Sejuk cuaca dibiar panas, 
Dihebah bicara kononnya bernas, 
Disangkal bicara dibiar hampas.

Jangan biar guruh berdentum,
Kilat menyambar, 
Baru terkial baiki segala, 
Kerna, saat guruh berdentum, 
Alam gegak gempita, 
Saat petir menyambar, 
Rentung sudah segalanya,
Saat baru terkial, 
Hanya sisa yang tinggal.

-18/6/2015
10:43 pm


P/S: sekadar coretan kata atas fenomena dunia hari ini. nazak. 

CERPEN :SUARA

SUARA
“Eh, lu jangan sembang je bang. Haa. Sekarang ni bukan lagi masa remaja dulu. Bila apa yang kau cakap takda siapa nak ambik tahu. You’re a grown up man now lah bro.”  sapaan Net kawan dari kecil yang masuk hutan samasama. Membesar dekat KL ni sama- sama, dari hutan sana sini sampai lah terpacak bangunan tanda kemegahan manusia. Manusia akhir zaman .
“Itu dulu, aku harap sekarang yang mengaku jadi pendengar Negara  dah sudi nak dengar kata-kata anak  muda kita ni. Peduli apa orang nak cakap apa.  Net, sekarang ni kita bukan tahun 2010 dah sekarang ni kita dah lepas 2020  . Kau pernah rasa wawasan  2020 negara kita ni tercapai ke apa?” ambik kau senyap seribu bahasa. 
   ______________________________
Jadinya, perbualan kami berdua berakhir begitu sahaja, kerana persoalan yang tidak ada sesiapa pun mampu bangkit memberikan jawapan dan penjelasan yang sesuai. Persoalan yang seringkali membuat kan yang berada di kerusi negara bermegah mengatakan “ Ya, sudah tentu Wawasan terpenting Negara tercapai”. Biasa lah tu, adat manusia. Hukum dunia. Mana pernah manusia senang-senang mahu meruntuhkan ego untuk memperbaiki kehidupan pada masa akan datang. 
Toksah nak tunjuk siapa-siapa, kau, aku, mereka , semua sama. 12 tahun yang dulu aku cuma seorang anak remaja yang begitu mahukan pendapat dan suara ini didengari. Tetapi, akur atas hukum dunia ini, pendapat dan suara yang ingin aku dan barangkali juga beberapa rakan seperjuangan yang lain ambil keputusan untuk diamkan saja, tutup mulut, lihat apa lagi propaganda yang mungkin bakal menghancurkan Negara tercinta atau sebaliknya. 
_____________________________
Kini, aku cuma harapkan satu agar apa yang berlaku harini akan menjadi satu titik permulaan mengubah kembali kompas Negara ini kepada satu arah , iaitu kejayaan, bukan kehancuran. Itu pun, kalau masih ada yang mahu mendengar pendapat anak muda yang bercita-cita besar ini. Ahh, sudah aku tahu apa yang aku fikirkan hanya akan dijadikan bahan perbualan yang boleh ditertawakan sang anak muda sambil menghirup kopi mewah di bandar metropolis yang dikhabarkan aman ini. 

“Woi, apa habaq? Amboihh. Jauh hang temenung dari Kokdiang sampai ka Danok, dok teringat kat sapa pulak tu ?” Cik Da yang memang loghat utara buat aku rindu suasana kampung halaman. 
“Hang ni.. woi woi. Mana salam hang pi? Aku termenung tengok KLCC tu yang berdiri megah sekian lama, tapi masih ada yang berumah beralaskan tanah bersama keamanan Negara kita ni yang makin goyah. Aku risau, takut akan jatuh kembali ke tangan penjajah.” jawab aku yang masih lagi merenung menara yang megah mencakar langit tersebut.
“Ril, itu kerja orang- orang dekat atas sana tu. Apa yang kau boleh buat? Tunggu dan tengok aje lah”
 Cik Da berlalu pergi menimbulkan satu rasa tak puas hati dalam diri aku ni.

Kalau kita tunggu dan lihat tanpa tindakan sampai bila semua ni tak berubah. Ya, aku mengaku lah sekarang semuanya bertambah maju. Hutan pun dah tak berapa nak nampak lagi. Kadang aku terfikir, kesian kat anak aku nanti, kenal hutan dekat ensiklopedia ajelah nanti. Cuma, apa yang menggusarkan aku sekarang fikiran manusia yang masih tak maju, kat takuk lama orang kata. Kalau lah fikiran masih kat takuk lama sampai bila pun masalah ni tak akan selesai. Habistu, takkan masih ada lagi yang bersuara, ‘tunggu dan lihat ajelah’. Eh eh.. takkan lah nak tunggu dan lihat Negara yang dibangunkan sekian lama musnah sekelip mata sebab mentaliti yang duk ‘tunggu dan lihat’ ni.
_______________________________
Petang itu, aku pulang ke rumah dan berfikir tentang masalah yang melanda. Yang berkuasa cuba mengaburi mata setiap marhaen mengatakan tidak ada apa yang akan jadi dan apa lagi, manusia kan, kalau dah terhantuk baru nak tengadah. Maka, semua orang berlagak macam tidak ada apa apa. Zouk yang dulu memang ramai orang semakin bertambah pulak ahlinya, malah dah bertingkat dah kelab malam serba mewah ditengah ibu kota ini. Makin tak sedar agaknya, tiupan sangkakala makin hampir.  

“Asalamualaikum, konvesyen tu pada Ahad ni. Siap sedia lah dengan segala idea yang kamu hendak katakan nanti. Cuma saya tak jamin, idea kamu mampu berdiri semegah KLCC” pesanan ringkas yang cukup ringkas siap ada pesanan yang deep lagi tu dari Encik Kamil, yang akan mempengerusikan Konvensyen Pemikiran Anak Muda di Taman Suria KLCC . 
Kemalasan meyelubungi untuk reply pesanan ringkas ni, aku tekan butang delete dan terus tidur. 
_______________________________
“Ril, lu buat research susah payah, buat report segala bagai, lu rasa idea lu dorang boleh terima ke? Dah lah Ril, kau biarkan aje lah. Kalau apa- apa jadi pun bukan kita yang kena, diorang yang kena” 
Net macam biasa masih was-was dengan tindakan aku.
“Apa kau kata? Nak aku hentikan benda yang sekian lama aku cuba nak bagi setiap orang dengar idea aku? Memang kita tak kena, tapi kalau dorang kena, lama-lama nanti kita yang jadi mangsa.
Kau pernah tahu, betapa susahnya nak bangunkan Negara ni dulu? Tak mungkin sekarang kau nak lihat Negara kau ni hilang roboh dek rakusnya manusia mengejar kemajuan dunia? Kalau kau nak, terserah. Cuma aku nak bukti kan kat semua orang anak muda yang hina ni, mampu mengubah pandangan sang egois yang angkuh berdiri atas bumi pinjaman Tuhan ni” ya, aku terus memberi  pukulan yang hebat untuk Net.
Dan seperti biasa juga, Net hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala. Apa? Teruk sangat ke idea aku ni? Melampau sangat sampai semua orang suruh aku hentikan idea aku ni? Aku bukan buat apa, aku cuma nak sedarkan manusia, betapa pentingnya pendapat setiap individu demi Negara tercinta ini. 
________________________________
Hari berlalu begitu pantas meninggalkan setiap memori dan pengalaman hari sudah yang membuatkan aku semakin berkobar agar suara dan idea aku didengari. Ah, jangan nak pelik ,kau ingat aku tak mampu nak berpuitis macam ni. Heh. 

Akhirnya! Masa yang aku tunggu dan barangkali tiap anak muda juga tunggu sudah tiba. Bangkitnya aku awal dari biasa, dan aku sudah berjanji, hari ni idea aku akan diterima juga untuk pertama kalinya! Wah bersemangat sangat bunyinya ni. Okay relax Ril, masanya akan tiba. Aku pun terus memecut laju bersama Net yang masih tergelenggeleng melihat aku,  katanya dia malas nak join konvesyen tu, tiap tahun benda sama, dia suruh aku hantar pergi Menara Kuala Lumpur, satu lagi kemegahan rakyat Malaysia. Kata Net, dia ada hal dekat situ, aku hantarkan ajelah, lagipun bukan jauh  dengan KLCC tu. 

Dalam perjalanan dari Menara Kuala Lumpur ke KLCC otak aku terlalu banyak berfikir, rasanya banyak juga neutron yang bersambung. Aku memikirkan apa lah nasib rakyat Malaysia lepas ni. Satu ancaman yang amat menakutkan, tetapi segala apa yang dicadangkan oleh anak muda, tidak pernah sekali pun nak dibawa berbincang. Fikirkan diri terlalu gah, yang di bawah dipandang bagaikan sampah. Semua tu lumrah. 
Aku lihat di perkarangan Suria KLCC, masih lenggang tidak seperti yang aku sangkakan. Mungkin anak muda semuanya ini sudah malas dan lelah kerana acap kali setiap apa yang dikatakan, tidak ada yang mahu ambil kira. Langsung, perlukah bazir masa untuk makhluk yang tidak megambil kisah? Lima minit selepas aku tiba di tempat yang bakal menjadi sejarah buat aku dan Malaysia, persidangan tersebut pun bermula dan gegak-gempita lah seisi dewan dengan semangat anak muda yang masih bersisa.  

Tiba giliran aku, aku lontarkan segalanya sepenuh jiwa .“ Jika Dato’ semua tidak mahu kita punya masalah yang bakal mengambil masa entah bila untuk diselesaikan, sepatutnya Dato’ semua perlu ada jiwa bersama kami, marhaen yang dipandang hina ini.  Cukuplah. Kita sebenarnya dah sedia untuk berpijak atas kaki sendiri, tak perlu nak bergantung pada pihak yang semakin memudaratkan seluruh rakyat Malaysia. Dato’  nak lihat kehancuran Malaysia bermula selepas apa yang diusahakan mereka yang terdahulu begitu sahaja? Kalau masih menyimpan hasrat itu, teruskan dengan sikap ego, bongkak Dato’. Saya dan beberapa lagi anak mdua yang hadir harini mempunya pandangan kami yang hebat. Tetapi kami tidak tahu jika Dato’ ingin pandang sebelah mata atau tidak pandang langsung.  ” 

Seisi dewan yang senyap dan semakin tegang tiba-tiba dikejutkan oleh satu gegaran yang maha hebat dan setiap manusia yang sebentar tadi sibuk mempertahan pendapat masing-masing mula bertempiaran dan aku melihat melalui tingkap, Menara Kuala Lumpur yang baru sahaja aku lihat berdiri gah, kini rebah menyembah bumi dan hanya tinggal debu. Apakah semua ini?
Net! Ya ALLAH. Net! Net berada di lokasi  tersebut dan kini aku hanya mampu berharap dia tidak cedera. Dia lah satu satunya sahabat aku yang sentiasa bersama . Laluan ke Menara Tersebut yang sering kali dipenuhi  lautan manusia kini ditutup kerana kecelakaan yang berlaku dan aku kini terputus hubungan dengan sahabat aku. Tiap hari aku menunggu berita setiap kali gerakan mencari dan menyelamat menemui mangsa baru, kalau-kalau ada diantara mangsa tersebut ialah Net.  
_____________________________
“Mangsa yang seterusnya ditemui selepas empat hari gerakan mencari dan menyelamat ialah  Farhan bin Shamsul berusia 29 tahun dan berasal dari Ampang. Pihak berkuasa berharap waris kepada mangsa tersebut menghadirkan diri untuk mengecam mayat di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur.” suara yang datang dari kotak televisyen tersebut membangkitkan aku dari tidur. Farhan Bin Shamsul. Satu nama yang cukup aku kenali, Net! Aku tercengang dan masih tidak mampu untuk menerima kenyataan itu yang membuatkan aku rasa seolah-olah  diri aku ini dihempap Menara Kuala Lumpur yang rebah empat hari lepas. 

Musnahnya Menara Kuala Lumpur tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang hebat, ada yang mengatakan itu semua adalah agenda Amerika yang mahu  kita terus bergantung pada mereka dan ada juga yang kata kejadian tersebut berkaitan dengan sains. Tetapi yang palik kuat ialah tentang agenda Amerika tersebut. Ya, aku juga bersetuju. Kejadian tersebut juga berlaku semasa konvesyen suara anak muda dalam usaha menentang kebergantungan Malaysia pada Amerika akibat ancaman demi ancaman yang diberikan kepada Negara tercinta. Ah, penuh dengan muslihat segalanya. 

Tentang Net, dia sudah tidak punya sesiapa di dunia ni. Keluarga dia sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan udara di Belanda dan dia hanya bersama aku selepas itu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menuntut  mayat Net. 

Ruang rumah mayat Hospital Kuala Lumpur mula dipenuhi dengan manusia dan esak tangis  keluarga yang meratapi kehilangan anggota keluarga akibat satu bencana yang amat dasyat di Negara ini. Aku Cuma beraharap, satu perkara, agar suara anak muda semakin didengari dengan berlakunya kejadian ini.
Selepas selesai pengurusan jenazah termasuk pengebumian Net, aku terus pulang ke rumah dan masuk ke bilik Net yang selama ini tidak pernah sekali pun dia benarkan sesiapa masuk ke biliknya, termasuk aku. Dan untuk pertama kalinya aku masuk ke bilik Net, aku temui sesuatu yang terus menjadi rahsia aku sehingga hari ini dan mungkin sampai bila-bila. 

“ Aku tahu, kau mesti akan masuk bilik aku ni bila aku dah tiada. Aku telah lakukan sesuatu untuk balas jasa kau selama ni dengan aku. Runtuhnya satu menara gah yang menjadi lambang kemegahan seluruh pelusuk kota yang penuh dusta ini punya kaitan dengan aku, dan aku berharap ia akan membuka mata mereka yang kononnya berkuasa bahawa, suara kau masih perlu didengari. Biarkan spekulasi apa pun yang mereka mahu katakan selepas runtuhnya menara ini, tetapi  yang penting segala impian kau akan tercapai. Aku korbankan diri aku sekali, sebab aku tak sanggup melihat kemusnahan yang akan berlaku dan aku akan menanggung rasa bersalah buat selamanya. Aku pasti, mereka pasti akan mencari dan memerlukan engkau sebagai aset penting Negara” nota yang ditinggalkan Net, membuatkan rahang ku jatuh. Aku lebih keliru dan tak tahu nak percaya atau tidak. 
                                                     _________________________

“ Encik Khairil Benjamin, saya Puan Hasinah dari parlimen, ingin menjemput encik menjadi sebahagian daripada kami. Kami amat memerlukan segala idea bernas encik sebagai anak muda Negara untuk menyelamatkan Negara ini. Jika encik bersetuju sila hadirkan diri encik ke PWTC  pada esok hari jam 9 pagi dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian”. Panggilan telefon dari entah siapa yang bernama Puan Hasinah itu mengubah seluruh hidup aku bersama rahsia yang masih aku simpan bersama Net. Ya, betul kata Net biar apa pun spekulasi yang mereka fikirkan, yang penting kini suara aku semakin didengari dan menjadi aset terpenting Negara, dan yang paling penting Malaysia kini sudah tidak perlu bergantung pada kuasa yang menindas sesama manusia. Yang berkuasa pula sudah turun ego mereka.