Bismillah...
Assalammualaikum wbt buat sesiapa yang tereksiden menjumpai blog ini. Sekarang ni saya baru habis exam. baru habis Semester 1 degree in pharmacy di UiTM. Ramai jugak kengkawan dan junior yang tanya, susah tak ?? how i wish to answer that question with "senang je", but malangnya, tak kesampaian jawapan sebegitu.
sejujurnya apa yang aku rasa, takda apa pun dalam dunia yang mudah! Ambik lah kos apa pun, semuanya mesti susah kalau takda usaha. Tanpa berusaha , duk lepak lepak mungkin rasa senang je.. tap kepayahan tu akan datang di masa hadapan. Bak kata orang dedulu, berususah susah dulu, senangnya kemudian. Jadi,nasihat saya yang baru je lah satu sem degree pharmacy ni, jangan mudah give up dan pilih lah course yang berkenan di hati kita. kekadang kita mampu buat sesuatu course tu tapi takda minta, lama lama kita rasa malas dan give up. Jadi , untuk itu, kalau korang belum lagi habis spm, do yr best in yr spm. its true SPM bukan segalanya, tapi segalanya bermula dengan SPM. remember that! bagi yang tengah asasi atau matrik, study elok elok, tak semestinya kita cemerlang SPM ,time asasi atau matrik kita boleh kekal kan momentum tu kalau kita tiada usaha. Sama juga, mungkin SPM kita tak berapa nak okay, jangan give up time asasi atau matrik, lipat gandakan usaha, tak mustahil anda mampu kecapi cita cita anda melalui result asasi atau matrik, saat result SPM tak menggalakkan anda untuk cita cita yang diingini itu. yang penting jangan berhenti berusaha.
Okaylah , untuk adik adik yang dilema okayke Farmasi UiTM ni? Okay tak okay lah dik, ramai dah senior yang berjaya. Kat mana kita belajar tu tak penting dik, diri kita sendiri tu lah yang kena jaga. belajar di Top University dalam dunia pun, tapi kalau setakat gheti bercinta je, tak elok jugak. kalau gheti merungut tapi tak berusaha pun susah jugak dik. Jadi pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri.
Basically nanti bila kita masuk first yr degree, kita akan jumpa ramai lah orang. beza beza umur and kena ingat! kalau kita ex asasi atau matrik, ada yang ex diploma! seriously menuntut lah dengan diorang ilmu untuk subject Pharmacy Practice. seriously. Jangan pandang diorang ni diploma diorang tak pandai macam korang sebab korang asasi atau matrik. (im an ex asasian too) . ex dip ni diorang lebih expert lagi dalam subejct Pharmacy Practice ni espescially diorang yang ambil dip in pharmacy lah. And most of them result SPM bukan calang calang. Result dip diorang pun bukan calang calang. sebab kalau bukan calang calang memang susah lah dari dip nak masuk degree in pharmacy ni.
So basically, takda sebab untuk kita pandang atau nilai orang lain siapa pandai dan siapa tak. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan respect each other ! tak rugi pun.
sekian salam hormat.
i'll write more about Pharmacy in UiTM but, im finding where my mood has gone.
No comments:
Post a Comment