Wednesday, 24 June 2015

Couple

Assalammualaikum buat seluruh muslimin dan muslimat. Buat pembaca yang sudi terbaca.

Harini ada seseorang bertanya macamman nak move on dan kurangkan kasih sayang cinta rindu dekat seseorang tersebut (ajnabi lah maksudnya ni: seseorang asing yang berlainan jantina dengan kita). Sebelum aku menyambung cerita ni dengan fikiran korang yang mungkin anggap aku ni baikkk sangat, aku nak habaq lah awai awai, aku ni manusia dan pernah buat silap! Tak perlu lah nak hurai silap apa, pasal ALLAH duk jaga aib aku, takkan aku senang hati nak ceghita aib aku sendiri pulak. Eh, cam pelikkan. k, Aku sambung lah.


Sebagai seorang yang masih lagi baru dalam langkah keluar dari kejahilan, aku dapat share kan tips yang sikit-sikit je lah. Risau lah terlebih cakap, terbanyak pula salah faham . Baiklah. Masalah cinta ni bukan remaja je lah yang banyak menghadapinya, bahkan setiap lapisan umur yang dalam mood cinta pada manusia. Tapi dalam konteks pencintaan remaja ni, memang menjadi satu masalah lah buat kita, sebagai remaja! Dalam fasa nak cuba macam macam, , dalam fasa hendak mencurahkan kasih sayang serta melunaskan fitrah cinta dan rindu terhadap seseorang maka kita (yang tidak kuat iman bahkan yang kuat iman pun) akan tergelongsor ke dalam lumpur lumpur cinta yang tak pasti ni.


Cinta sungguh sungguh melampau terhadap manusia ini amat bahaya! Bahaya pasai apa? Pasai dalam kita tak sedar takut takut, ALLAH jatuh nombor dua, tiga atau.... takda langsung. Nauzubillah! Walau mulut kata ALLAH nomboq SATU! tapi dalam hati, lain pula yang nomboq satunya! Maka apa guna bicara kita ? Kalau betul ALLAH nombor satu, khusyuk mana solat kita? pernah atau mudah kita menangis kerana ALLAH SWT? kalau kecewa, redhakah kita dengan takdir tersebut? JAWAB.. JAWAB!  Jangan tipu!
Sedar dan pujuk lah hati kita, tanya hati dan iman kita yang senipis kulit bawang itu, apa cinta ALLAH atau cinta manusia yang menjamin kita ke syurga yang subhanallah , indah buat mereka yang melawan nafsu dan syaitan dengan gagah!


Jadi? bagaimana nak melawan kehendak cinta yang kesesatan ini? Tak lain tak bukan dengan menjaga solat! Ini yang dikatakan oleh salah seorang guru saya. Solat itu lah menjadi tiang dalam agama. Jaga solat, inshaALLAH, akan terjaga benda yang lainnya. Satu kejadian yang menimpa saya telah menjadi wake up call atas takdir ALLAH. Alhamdulillah, segala yang berlaku ada hikmahnya! Sekarang saya cuma berharap supaya ALLAH kukuhkan iman saya yang boleh runtuh dibadai ombak kalau tak kuat. Menjadi seorang yang jahil dulunya, membuka hati saya untuk terus mencari apa yang sebenarnya hilang! Berbalik kepada jaga solat. menjaga solat bukan sekadar solat 5 waktu penuh , tapi tak masuk dalam jiwa kita. Solat kosong-kosong gitu. Akibatnya, solat bukan kenikmatan tetapi dah jadi beban. Memang sangaaat sukar nak mendapat khusyuk buat kita yang memang acap kali terhimpit dengan maksiat ni. Tetapi sekurang kurang sekali kita mampu menangis dalam solat, ALLAHUAKBAR , terasa nikmatnya.. Selepas tu,bila dah rasa nikmat mesti kita akan berusaha dan berusaha lagi untuk dapat nikmat tu! Macam bulan puasa lah, minat sangat nak makan tau fu fa. tiap kali buka puasa, mesti nak makanan tu, sampai kalau bazaar yg dekat takda, kita sanggup cari dekat bazaar yang lain pula! sebab apa? sebab terasa nikmattnya .

Solat bukan satu perkara yang boleh main-main. Sebagai seorang manusia biasa, saya akui kekadang tu memang kita akan lekas sangat terkhayal dalam solat. Tapi, bila dah lekas terkhayal tu perlulah dilekaskan istighfar bebanyak. lindungi diri dari syaitan dan nafsu khayalan kita tu. Mengikut apa yang disorkan oleh guru saya yang saya panggil abi tu. dalam solat, paling tidak pun fahami lah alfatihah kerana dalam setiap ayat al fatihah itu dah merangkumi secara seluruhnya kasih-sayang dan cinta Allah terhadap kita. Bacaan ayat "arrahmaanirrahim" yang bermaksud yang maha pemurah lagi maha penyayang , bayangkan betapa banyaknya rahmat ALLAH SWT dan betapa sikitnya kita bersyukur. Betapa besarnya dosa kita? Allahuakbar. InshaALLAH adalah kemanisan solat tu.

Anyway, manusia bukan teman buat selamanya. Jangan diganti yang kekal setia bersama kita hingga ke syurga selama lamanya dengan yang sementara...

Dosa besar mana pun kita sebelum ini, pandanglah terus ke hadapan. Bersama usaha dan doa serta terus istiqamah dan tawakal untuk berubah.

p/s: buat mereka yang terus menghakimi masa silam. biaq pi lah depa. depa paling suka subjek sejarah.


1 comment:

  1. MashaaAllah sis. Terima kasih atas peringatan sis.

    ReplyDelete