Assalammualaikum buat seluruh muslimin dan muslimat. Buat pembaca yang sudi terbaca.
Harini ada seseorang bertanya macamman nak move on dan kurangkan kasih sayang cinta rindu dekat seseorang tersebut (ajnabi lah maksudnya ni: seseorang asing yang berlainan jantina dengan kita). Sebelum aku menyambung cerita ni dengan fikiran korang yang mungkin anggap aku ni baikkk sangat, aku nak habaq lah awai awai, aku ni manusia dan pernah buat silap! Tak perlu lah nak hurai silap apa, pasal ALLAH duk jaga aib aku, takkan aku senang hati nak ceghita aib aku sendiri pulak. Eh, cam pelikkan. k, Aku sambung lah.
Sebagai seorang yang masih lagi baru dalam langkah keluar dari kejahilan, aku dapat share kan tips yang sikit-sikit je lah. Risau lah terlebih cakap, terbanyak pula salah faham . Baiklah. Masalah cinta ni bukan remaja je lah yang banyak menghadapinya, bahkan setiap lapisan umur yang dalam mood cinta pada manusia. Tapi dalam konteks pencintaan remaja ni, memang menjadi satu masalah lah buat kita, sebagai remaja! Dalam fasa nak cuba macam macam, , dalam fasa hendak mencurahkan kasih sayang serta melunaskan fitrah cinta dan rindu terhadap seseorang maka kita (yang tidak kuat iman bahkan yang kuat iman pun) akan tergelongsor ke dalam lumpur lumpur cinta yang tak pasti ni.
Cinta sungguh sungguh melampau terhadap manusia ini amat bahaya! Bahaya pasai apa? Pasai dalam kita tak sedar takut takut, ALLAH jatuh nombor dua, tiga atau.... takda langsung. Nauzubillah! Walau mulut kata ALLAH nomboq SATU! tapi dalam hati, lain pula yang nomboq satunya! Maka apa guna bicara kita ? Kalau betul ALLAH nombor satu, khusyuk mana solat kita? pernah atau mudah kita menangis kerana ALLAH SWT? kalau kecewa, redhakah kita dengan takdir tersebut? JAWAB.. JAWAB! Jangan tipu!
Sedar dan pujuk lah hati kita, tanya hati dan iman kita yang senipis kulit bawang itu, apa cinta ALLAH atau cinta manusia yang menjamin kita ke syurga yang subhanallah , indah buat mereka yang melawan nafsu dan syaitan dengan gagah!
Jadi? bagaimana nak melawan kehendak cinta yang kesesatan ini? Tak lain tak bukan dengan menjaga solat! Ini yang dikatakan oleh salah seorang guru saya. Solat itu lah menjadi tiang dalam agama. Jaga solat, inshaALLAH, akan terjaga benda yang lainnya. Satu kejadian yang menimpa saya telah menjadi wake up call atas takdir ALLAH. Alhamdulillah, segala yang berlaku ada hikmahnya! Sekarang saya cuma berharap supaya ALLAH kukuhkan iman saya yang boleh runtuh dibadai ombak kalau tak kuat. Menjadi seorang yang jahil dulunya, membuka hati saya untuk terus mencari apa yang sebenarnya hilang! Berbalik kepada jaga solat. menjaga solat bukan sekadar solat 5 waktu penuh , tapi tak masuk dalam jiwa kita. Solat kosong-kosong gitu. Akibatnya, solat bukan kenikmatan tetapi dah jadi beban. Memang sangaaat sukar nak mendapat khusyuk buat kita yang memang acap kali terhimpit dengan maksiat ni. Tetapi sekurang kurang sekali kita mampu menangis dalam solat, ALLAHUAKBAR , terasa nikmatnya.. Selepas tu,bila dah rasa nikmat mesti kita akan berusaha dan berusaha lagi untuk dapat nikmat tu! Macam bulan puasa lah, minat sangat nak makan tau fu fa. tiap kali buka puasa, mesti nak makanan tu, sampai kalau bazaar yg dekat takda, kita sanggup cari dekat bazaar yang lain pula! sebab apa? sebab terasa nikmattnya .
Solat bukan satu perkara yang boleh main-main. Sebagai seorang manusia biasa, saya akui kekadang tu memang kita akan lekas sangat terkhayal dalam solat. Tapi, bila dah lekas terkhayal tu perlulah dilekaskan istighfar bebanyak. lindungi diri dari syaitan dan nafsu khayalan kita tu. Mengikut apa yang disorkan oleh guru saya yang saya panggil abi tu. dalam solat, paling tidak pun fahami lah alfatihah kerana dalam setiap ayat al fatihah itu dah merangkumi secara seluruhnya kasih-sayang dan cinta Allah terhadap kita. Bacaan ayat "arrahmaanirrahim" yang bermaksud yang maha pemurah lagi maha penyayang , bayangkan betapa banyaknya rahmat ALLAH SWT dan betapa sikitnya kita bersyukur. Betapa besarnya dosa kita? Allahuakbar. InshaALLAH adalah kemanisan solat tu.
Anyway, manusia bukan teman buat selamanya. Jangan diganti yang kekal setia bersama kita hingga ke syurga selama lamanya dengan yang sementara...
Dosa besar mana pun kita sebelum ini, pandanglah terus ke hadapan. Bersama usaha dan doa serta terus istiqamah dan tawakal untuk berubah.
p/s: buat mereka yang terus menghakimi masa silam. biaq pi lah depa. depa paling suka subjek sejarah.
Wednesday, 24 June 2015
Thursday, 18 June 2015
PUISI :SISA
SISA
Anjing kurap
Siapa?
Yang dijunjung atau yang dipijak?
Yang tidak membantu atau yang perlu dibantu?
Hijau pandangan dirampas,
Sejuk cuaca dibiar panas,
Dihebah bicara kononnya bernas,
Disangkal bicara dibiar hampas.
Jangan biar guruh berdentum,
Kilat menyambar,
Baru terkial baiki segala,
Kerna, saat guruh berdentum,
Alam gegak gempita,
Saat petir menyambar,
Rentung sudah segalanya,
Saat baru terkial,
Hanya sisa yang tinggal.
-18/6/2015
10:43 pm
P/S: sekadar coretan kata atas fenomena dunia hari ini. nazak.
CERPEN :SUARA
SUARA
“Eh, lu jangan sembang je bang. Haa. Sekarang ni bukan lagi masa remaja dulu. Bila apa yang kau cakap takda siapa nak ambik tahu. You’re a grown up man now lah bro.” sapaan Net kawan dari kecil yang masuk hutan samasama. Membesar dekat KL ni sama- sama, dari hutan sana sini sampai lah terpacak bangunan tanda kemegahan manusia. Manusia akhir zaman .
“Itu dulu, aku harap sekarang yang mengaku jadi pendengar Negara dah sudi nak dengar kata-kata anak muda kita ni. Peduli apa orang nak cakap apa. Net, sekarang ni kita bukan tahun 2010 dah sekarang ni kita dah lepas 2020 . Kau pernah rasa wawasan 2020 negara kita ni tercapai ke apa?” ambik kau senyap seribu bahasa.
“Itu dulu, aku harap sekarang yang mengaku jadi pendengar Negara dah sudi nak dengar kata-kata anak muda kita ni. Peduli apa orang nak cakap apa. Net, sekarang ni kita bukan tahun 2010 dah sekarang ni kita dah lepas 2020 . Kau pernah rasa wawasan 2020 negara kita ni tercapai ke apa?” ambik kau senyap seribu bahasa.
______________________________
Jadinya, perbualan kami berdua berakhir begitu sahaja, kerana persoalan yang tidak ada sesiapa pun mampu bangkit memberikan jawapan dan penjelasan yang sesuai. Persoalan yang seringkali membuat kan yang berada di kerusi negara bermegah mengatakan “ Ya, sudah tentu Wawasan terpenting Negara tercapai”. Biasa lah tu, adat manusia. Hukum dunia. Mana pernah manusia senang-senang mahu meruntuhkan ego untuk memperbaiki kehidupan pada masa akan datang.
Toksah nak tunjuk siapa-siapa, kau, aku, mereka , semua sama. 12 tahun yang dulu aku cuma seorang anak remaja yang begitu mahukan pendapat dan suara ini didengari. Tetapi, akur atas hukum dunia ini, pendapat dan suara yang ingin aku dan barangkali juga beberapa rakan seperjuangan yang lain ambil keputusan untuk diamkan saja, tutup mulut, lihat apa lagi propaganda yang mungkin bakal menghancurkan Negara tercinta atau sebaliknya.
Toksah nak tunjuk siapa-siapa, kau, aku, mereka , semua sama. 12 tahun yang dulu aku cuma seorang anak remaja yang begitu mahukan pendapat dan suara ini didengari. Tetapi, akur atas hukum dunia ini, pendapat dan suara yang ingin aku dan barangkali juga beberapa rakan seperjuangan yang lain ambil keputusan untuk diamkan saja, tutup mulut, lihat apa lagi propaganda yang mungkin bakal menghancurkan Negara tercinta atau sebaliknya.
_____________________________
Kini, aku cuma harapkan satu agar apa yang berlaku harini akan menjadi satu titik permulaan mengubah kembali kompas Negara ini kepada satu arah , iaitu kejayaan, bukan kehancuran. Itu pun, kalau masih ada yang mahu mendengar pendapat anak muda yang bercita-cita besar ini. Ahh, sudah aku tahu apa yang aku fikirkan hanya akan dijadikan bahan perbualan yang boleh ditertawakan sang anak muda sambil menghirup kopi mewah di bandar metropolis yang dikhabarkan aman ini.
“Woi, apa habaq? Amboihh. Jauh hang temenung dari Kokdiang sampai ka Danok, dok teringat kat sapa pulak tu ?” Cik Da yang memang loghat utara buat aku rindu suasana kampung halaman.
“Hang ni.. woi woi. Mana salam hang pi? Aku termenung tengok KLCC tu yang berdiri megah sekian lama, tapi masih ada yang berumah beralaskan tanah bersama keamanan Negara kita ni yang makin goyah. Aku risau, takut akan jatuh kembali ke tangan penjajah.” jawab aku yang masih lagi merenung menara yang megah mencakar langit tersebut.
“Ril, itu kerja orang- orang dekat atas sana tu. Apa yang kau boleh buat? Tunggu dan tengok aje lah”
Cik Da berlalu pergi menimbulkan satu rasa tak puas hati dalam diri aku ni.
Cik Da berlalu pergi menimbulkan satu rasa tak puas hati dalam diri aku ni.
Kalau kita tunggu dan lihat tanpa tindakan sampai bila semua ni tak berubah. Ya, aku mengaku lah sekarang semuanya bertambah maju. Hutan pun dah tak berapa nak nampak lagi. Kadang aku terfikir, kesian kat anak aku nanti, kenal hutan dekat ensiklopedia ajelah nanti. Cuma, apa yang menggusarkan aku sekarang fikiran manusia yang masih tak maju, kat takuk lama orang kata. Kalau lah fikiran masih kat takuk lama sampai bila pun masalah ni tak akan selesai. Habistu, takkan masih ada lagi yang bersuara, ‘tunggu dan lihat ajelah’. Eh eh.. takkan lah nak tunggu dan lihat Negara yang dibangunkan sekian lama musnah sekelip mata sebab mentaliti yang duk ‘tunggu dan lihat’ ni.
_______________________________
Petang itu, aku pulang ke rumah dan berfikir tentang masalah yang melanda. Yang berkuasa cuba mengaburi mata setiap marhaen mengatakan tidak ada apa yang akan jadi dan apa lagi, manusia kan, kalau dah terhantuk baru nak tengadah. Maka, semua orang berlagak macam tidak ada apa apa. Zouk yang dulu memang ramai orang semakin bertambah pulak ahlinya, malah dah bertingkat dah kelab malam serba mewah ditengah ibu kota ini. Makin tak sedar agaknya, tiupan sangkakala makin hampir.
“Asalamualaikum, konvesyen tu pada Ahad ni. Siap sedia lah dengan segala idea yang kamu hendak katakan nanti. Cuma saya tak jamin, idea kamu mampu berdiri semegah KLCC” pesanan ringkas yang cukup ringkas siap ada pesanan yang deep lagi tu dari Encik Kamil, yang akan mempengerusikan Konvensyen Pemikiran Anak Muda di Taman Suria KLCC .
Kemalasan meyelubungi untuk reply pesanan ringkas ni, aku tekan butang delete dan terus tidur.
_______________________________
“Ril, lu buat research susah payah, buat report segala bagai, lu rasa idea lu dorang boleh terima ke? Dah lah Ril, kau biarkan aje lah. Kalau apa- apa jadi pun bukan kita yang kena, diorang yang kena”
Net macam biasa masih was-was dengan tindakan aku.
Net macam biasa masih was-was dengan tindakan aku.
“Apa kau kata? Nak aku hentikan benda yang sekian lama aku cuba nak bagi setiap orang dengar idea aku? Memang kita tak kena, tapi kalau dorang kena, lama-lama nanti kita yang jadi mangsa.
Kau pernah tahu, betapa susahnya nak bangunkan Negara ni dulu? Tak mungkin sekarang kau nak lihat Negara kau ni hilang roboh dek rakusnya manusia mengejar kemajuan dunia? Kalau kau nak, terserah. Cuma aku nak bukti kan kat semua orang anak muda yang hina ni, mampu mengubah pandangan sang egois yang angkuh berdiri atas bumi pinjaman Tuhan ni” ya, aku terus memberi pukulan yang hebat untuk Net.
Kau pernah tahu, betapa susahnya nak bangunkan Negara ni dulu? Tak mungkin sekarang kau nak lihat Negara kau ni hilang roboh dek rakusnya manusia mengejar kemajuan dunia? Kalau kau nak, terserah. Cuma aku nak bukti kan kat semua orang anak muda yang hina ni, mampu mengubah pandangan sang egois yang angkuh berdiri atas bumi pinjaman Tuhan ni” ya, aku terus memberi pukulan yang hebat untuk Net.
Dan seperti biasa juga, Net hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala. Apa? Teruk sangat ke idea aku ni? Melampau sangat sampai semua orang suruh aku hentikan idea aku ni? Aku bukan buat apa, aku cuma nak sedarkan manusia, betapa pentingnya pendapat setiap individu demi Negara tercinta ini.
________________________________
Hari berlalu begitu pantas meninggalkan setiap memori dan pengalaman hari sudah yang membuatkan aku semakin berkobar agar suara dan idea aku didengari. Ah, jangan nak pelik ,kau ingat aku tak mampu nak berpuitis macam ni. Heh.
Akhirnya! Masa yang aku tunggu dan barangkali tiap anak muda juga tunggu sudah tiba. Bangkitnya aku awal dari biasa, dan aku sudah berjanji, hari ni idea aku akan diterima juga untuk pertama kalinya! Wah bersemangat sangat bunyinya ni. Okay relax Ril, masanya akan tiba. Aku pun terus memecut laju bersama Net yang masih tergelenggeleng melihat aku, katanya dia malas nak join konvesyen tu, tiap tahun benda sama, dia suruh aku hantar pergi Menara Kuala Lumpur, satu lagi kemegahan rakyat Malaysia. Kata Net, dia ada hal dekat situ, aku hantarkan ajelah, lagipun bukan jauh dengan KLCC tu.
Dalam perjalanan dari Menara Kuala Lumpur ke KLCC otak aku terlalu banyak berfikir, rasanya banyak juga neutron yang bersambung. Aku memikirkan apa lah nasib rakyat Malaysia lepas ni. Satu ancaman yang amat menakutkan, tetapi segala apa yang dicadangkan oleh anak muda, tidak pernah sekali pun nak dibawa berbincang. Fikirkan diri terlalu gah, yang di bawah dipandang bagaikan sampah. Semua tu lumrah.
Aku lihat di perkarangan Suria KLCC, masih lenggang tidak seperti yang aku sangkakan. Mungkin anak muda semuanya ini sudah malas dan lelah kerana acap kali setiap apa yang dikatakan, tidak ada yang mahu ambil kira. Langsung, perlukah bazir masa untuk makhluk yang tidak megambil kisah? Lima minit selepas aku tiba di tempat yang bakal menjadi sejarah buat aku dan Malaysia, persidangan tersebut pun bermula dan gegak-gempita lah seisi dewan dengan semangat anak muda yang masih bersisa.
Tiba giliran aku, aku lontarkan segalanya sepenuh jiwa .“ Jika Dato’ semua tidak mahu kita punya masalah yang bakal mengambil masa entah bila untuk diselesaikan, sepatutnya Dato’ semua perlu ada jiwa bersama kami, marhaen yang dipandang hina ini. Cukuplah. Kita sebenarnya dah sedia untuk berpijak atas kaki sendiri, tak perlu nak bergantung pada pihak yang semakin memudaratkan seluruh rakyat Malaysia. Dato’ nak lihat kehancuran Malaysia bermula selepas apa yang diusahakan mereka yang terdahulu begitu sahaja? Kalau masih menyimpan hasrat itu, teruskan dengan sikap ego, bongkak Dato’. Saya dan beberapa lagi anak mdua yang hadir harini mempunya pandangan kami yang hebat. Tetapi kami tidak tahu jika Dato’ ingin pandang sebelah mata atau tidak pandang langsung. ”
Tiba giliran aku, aku lontarkan segalanya sepenuh jiwa .“ Jika Dato’ semua tidak mahu kita punya masalah yang bakal mengambil masa entah bila untuk diselesaikan, sepatutnya Dato’ semua perlu ada jiwa bersama kami, marhaen yang dipandang hina ini. Cukuplah. Kita sebenarnya dah sedia untuk berpijak atas kaki sendiri, tak perlu nak bergantung pada pihak yang semakin memudaratkan seluruh rakyat Malaysia. Dato’ nak lihat kehancuran Malaysia bermula selepas apa yang diusahakan mereka yang terdahulu begitu sahaja? Kalau masih menyimpan hasrat itu, teruskan dengan sikap ego, bongkak Dato’. Saya dan beberapa lagi anak mdua yang hadir harini mempunya pandangan kami yang hebat. Tetapi kami tidak tahu jika Dato’ ingin pandang sebelah mata atau tidak pandang langsung. ”
Seisi dewan yang senyap dan semakin tegang tiba-tiba dikejutkan oleh satu gegaran yang maha hebat dan setiap manusia yang sebentar tadi sibuk mempertahan pendapat masing-masing mula bertempiaran dan aku melihat melalui tingkap, Menara Kuala Lumpur yang baru sahaja aku lihat berdiri gah, kini rebah menyembah bumi dan hanya tinggal debu. Apakah semua ini?
Net! Ya ALLAH. Net! Net berada di lokasi tersebut dan kini aku hanya mampu berharap dia tidak cedera. Dia lah satu satunya sahabat aku yang sentiasa bersama . Laluan ke Menara Tersebut yang sering kali dipenuhi lautan manusia kini ditutup kerana kecelakaan yang berlaku dan aku kini terputus hubungan dengan sahabat aku. Tiap hari aku menunggu berita setiap kali gerakan mencari dan menyelamat menemui mangsa baru, kalau-kalau ada diantara mangsa tersebut ialah Net.
_____________________________
“Mangsa yang seterusnya ditemui selepas empat hari gerakan mencari dan menyelamat ialah Farhan bin Shamsul berusia 29 tahun dan berasal dari Ampang. Pihak berkuasa berharap waris kepada mangsa tersebut menghadirkan diri untuk mengecam mayat di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur.” suara yang datang dari kotak televisyen tersebut membangkitkan aku dari tidur. Farhan Bin Shamsul. Satu nama yang cukup aku kenali, Net! Aku tercengang dan masih tidak mampu untuk menerima kenyataan itu yang membuatkan aku rasa seolah-olah diri aku ini dihempap Menara Kuala Lumpur yang rebah empat hari lepas.
Musnahnya Menara Kuala Lumpur tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang hebat, ada yang mengatakan itu semua adalah agenda Amerika yang mahu kita terus bergantung pada mereka dan ada juga yang kata kejadian tersebut berkaitan dengan sains. Tetapi yang palik kuat ialah tentang agenda Amerika tersebut. Ya, aku juga bersetuju. Kejadian tersebut juga berlaku semasa konvesyen suara anak muda dalam usaha menentang kebergantungan Malaysia pada Amerika akibat ancaman demi ancaman yang diberikan kepada Negara tercinta. Ah, penuh dengan muslihat segalanya.
Tentang Net, dia sudah tidak punya sesiapa di dunia ni. Keluarga dia sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan udara di Belanda dan dia hanya bersama aku selepas itu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menuntut mayat Net.
Ruang rumah mayat Hospital Kuala Lumpur mula dipenuhi dengan manusia dan esak tangis keluarga yang meratapi kehilangan anggota keluarga akibat satu bencana yang amat dasyat di Negara ini. Aku Cuma beraharap, satu perkara, agar suara anak muda semakin didengari dengan berlakunya kejadian ini.
Selepas selesai pengurusan jenazah termasuk pengebumian Net, aku terus pulang ke rumah dan masuk ke bilik Net yang selama ini tidak pernah sekali pun dia benarkan sesiapa masuk ke biliknya, termasuk aku. Dan untuk pertama kalinya aku masuk ke bilik Net, aku temui sesuatu yang terus menjadi rahsia aku sehingga hari ini dan mungkin sampai bila-bila.
“ Aku tahu, kau mesti akan masuk bilik aku ni bila aku dah tiada. Aku telah lakukan sesuatu untuk balas jasa kau selama ni dengan aku. Runtuhnya satu menara gah yang menjadi lambang kemegahan seluruh pelusuk kota yang penuh dusta ini punya kaitan dengan aku, dan aku berharap ia akan membuka mata mereka yang kononnya berkuasa bahawa, suara kau masih perlu didengari. Biarkan spekulasi apa pun yang mereka mahu katakan selepas runtuhnya menara ini, tetapi yang penting segala impian kau akan tercapai. Aku korbankan diri aku sekali, sebab aku tak sanggup melihat kemusnahan yang akan berlaku dan aku akan menanggung rasa bersalah buat selamanya. Aku pasti, mereka pasti akan mencari dan memerlukan engkau sebagai aset penting Negara” nota yang ditinggalkan Net, membuatkan rahang ku jatuh. Aku lebih keliru dan tak tahu nak percaya atau tidak.
_________________________
“ Encik Khairil Benjamin, saya Puan Hasinah dari parlimen, ingin menjemput encik menjadi sebahagian daripada kami. Kami amat memerlukan segala idea bernas encik sebagai anak muda Negara untuk menyelamatkan Negara ini. Jika encik bersetuju sila hadirkan diri encik ke PWTC pada esok hari jam 9 pagi dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian”. Panggilan telefon dari entah siapa yang bernama Puan Hasinah itu mengubah seluruh hidup aku bersama rahsia yang masih aku simpan bersama Net. Ya, betul kata Net biar apa pun spekulasi yang mereka fikirkan, yang penting kini suara aku semakin didengari dan menjadi aset terpenting Negara, dan yang paling penting Malaysia kini sudah tidak perlu bergantung pada kuasa yang menindas sesama manusia. Yang berkuasa pula sudah turun ego mereka.
Subscribe to:
Comments (Atom)